Teknologi

Persidangan Pembangun Huawei

Huawei HongMeng OS akan ditunjukkan dalam Persidangan Pembangun Huawei (Huawei Developer Conference) yang akan diadakan pada 9hb Ogos 2019 – merupakan acara dua hari. Persidangan Pembangun Huawei akan diteruskan dari 9 hingga 11hb Ogos 2019 dan diadakan di Songshan Lake Dongguan. Acara ini terdiri daripada tiga segmen yang merupakan ucapan utama, forum teknikal dan Codelabs.

Persidangan Pembangun Huawei (Huawei Developer Conference)

Persidangan ini agak menarik untuk ditinjau kerana umum mengethaui bahawa kita telah mendengar berita menegenair Huawei HongMeng OS sejak awal tahun. Ia memberikan kita petunjuk kepada 5G dan perkara-perkara internet lain yang akan dibincangkan dalam ucapan utama. Forum teknikal akan dapat memberi tumpuan kepada rumah pintar (smart home), kesihatan-sukan, perjalanan pintar, EMUI, AR & VR, dan Huawei Pay.

Dalam Codelabs, anda boleh mula mengakses pengalaman pengekodan HongMengOS untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kod dan perkara lain menegenai Huawei. Ia akan menjadi satu peluang yang baik untuk mempelajari teknologi terbaru daripada Huawei. Selain itu, Persidangan Pembangun Huawei adalah untuk berkongsi pengetahuan dan pandangan dengan pakar teknikal Huawei di banyak negara.

Sedikit fakta mengenai HongMeng OS:

1. Mula dikembangkan sejak 2012

Huawei telah memulakan kerja pembangunan HongMeng OS sejak 2012, dimana pada waktu itu sudah terdapat cerita mengenai kebimbangan US terhadap China.

2. Dipatenkan di Eropah dengan nama ARK OS

Ketika pertama kali mendengar nama Hongmeng, anda pasti merasa aneh karena namanya seperti tidak universal. Huawei akan menggunakan tanda dagang Ark untuk pasaran Eropah dan luar negeri.

3. Akan diedarkan pada musim luruh ini

Berdasarkan wawancara eksklusif Global Times (Media Berbahasa Mandarin milik Amerika Serikat) dengan Richard Yu, Hongmeng atau Ark OS kemungkinan akan diedarkan paling cepat pada musum luruh 2019.

Richard Yu menganggarkan sistem operasi ini akan diedarkan paling cepat pada bulan September 2019 dan paling lambat di sekitar akhir Mei 2020.

4. Masih lagi belum biasa meninggalkan Android

Meskipun sudah dalam tahap mengembangkan sistem operasi buatan sendiri, nampaknya Huawei masih belum boleh meninggalkan Android daripada Google.

Menurut laporan, saat ini Huawei masih berusaha keras untuk mendapatkan kembali kebenaran menggunakan sistem operasi Android dalam produknya.

Huawei juga dipercayai telah melihat kepada Microsoft sebagai alternatif apabila Google tetap melarang penggunaan Android.

5. Dapat digunakan di semua produk peranti Huawei

Tidak seperti Apple dan Google yang memiliki sistem operasi berbeza untuk setiap produknya, Huawei membangunkan sistem operasi yang boleh dipasang pada semua gadget keluaran mereka.

Apple menggunakan iOS untuk iPhone dan MacOS untuk komputernya. Sedangkan Google menggunakan sistem operasi Android untuk smartphone dan Chrome OS untuk Chromebook-nya.

Huawei terinspirasi dari sistem operasi Windows yang boleh digunakan baik di telefon pintar mahupun pada komputer riba.

6. Mengalami kesulitan membangun ekosistem

Menurut Ren Zhengfei, pengasas Huawei, membuat sistem operasi sendiri bukanlah satu kesukaran. Halangan utama dari mengembangkan sistem operasi secara sendiri adalah membangunkan ekosistem.

Ren Zhengfei menambahkan bahawa Huawei hampir buntu apabila bertahun-tahun lamanya untuk membangun kepercayaan dan keyakinan di antara para pembangun aplikasi (application developer) untuk membuat aplikasi khusus dalam sistem operasi Hongmeng.

Selain itu, pada peringkat permulaan akan menjadi agak sukar untuk membiasakan pengguna menggunakan aplikasi yang direka khusus untuk sistem operasi Hongmeng.

7. App Store Huawei Sudah Tersedia

Lama sebelum US memutuskan untuk menyekat kemaraan Huawei, ternyata Huawei sudah terlebih dahulu menyiapkan App Store khusus untuk smartphone Huawei.

Huawei AppGallery merupakan sebuah galeri aplikasi rasmi dari Huawei yang dapat digunakan untuk muat-turun ratusan aplikasi Android.

Huawei sentiasa berusaha untuk mendesak para pengembang aplikasi untuk menyesuaikan aplikasi buatan mereka dengan aplikasi Huawei AppGallery tersebut.

Berdasarkan laporan Bloomberg, Huawei telah bekerjasama dengan perusahaan telekomunikasi dari Eropah untuk hal-ehwal mengenai perjanjian komersial dalam membahagi keuntungan yang bakal diperolehi apabila smartphone produksi mereka dipasang aplikasi yang terhasil daripada AppGallery.

Sementara itu, U.S dan China telah mula menjalankan perniagaan dan pelbagai berita telah kita dengari mengenainya. Terutama dalam lonjakan kemaskini teknologi daripada kedua-dua belah pihak.

Dunia sedang memerhatikan pada Huawei HongMeng OS untuk menjadi pengganti kepada Android. Tambahan pula, dengan pengumumamn terbaru daripada Trump menegnai sekatan terhadap Huawei, dan syarikat daripada US yang dinerkan untuk berurusniaga dengan gergasi teknologi daripada China

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker