Polisi

Perlukah Bantuan Sara Hidup Diberikan Kepada Bujang

Pengecualian pemberian Bantuan Sara Hidup (BSN) kepada golongan bujang mempunyai penerimaan yang bercampur. Ada yang menyokong. Tetapi ada juga yang menentang sambil mengutarakan beberapa pendapat. Antara pendapat mereka ialah, jika bujang dikecualikan, sepatutnya bantuan kepada golongan berkahwin seharusnya ditambah. Maka dalam Belanjawan 2020, kerajaan Harapan telah mengumumkan penerusan legasi Najib Razak yang dijenamakan semula ini.

Dibawah bahagian Kebajikan, kerajaan mengumumkan pemberian BSH bersama dengan subsidi bahan api. Sebanyak RM5 bilion diperuntukkan bagi 1.1 juta bujang 40+ tahun yang berpendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan. Orang Kelainan Upaya 18+ tahun dengan pendapatan yang sama pun layak menerima bayaran ini. Dua golongan ini turut menerima RM300 secara automatic sebagai Skim Takaful MySalam.

Menurut Profesor Dr. Mohd Nazari Ismail dari Universiti Malaya, BSH hanya akan meningkatkan hutang kerajaan kerana Putrajaya perlu meluaskan hutang. Dan BSH juga tidak akan menyelesaikan tekanan kos sara hidup. Namun jika tinjauan sosial oleh sebuah syarikat penyelidikan mewakili suara majoriti, BSH mempunyai asas kukuh untuk dikekalkan.

Sebanyak 51% responden berpendapat BSH tidak mencukupi (berbanding BR1M). Hanya 24% sahaja bertanggapan BSH lebih baik dari segi perlaksanaan.

Bacaan berkaitan: Kenapa Bantuan Sara Hidup Perlu Diteruskan?

Suara ini boleh diperlekehkan sebagai kecenderungan parti sokongan masing-masing. Namun BSH mempunyai binaan sosial yang lebih meluas berbanding hutang negara semata-mata. Memang kestabilan fiskal ialah penting. Kewujudan BSH sejak BR1M lagi telah menyumbangkan stimulasi ekonomi yang diperlukan supaya rakyat berbelanja. Cuma kesilapan BR1M (dan BSH) ialah kebebasan tiada batasan rakyat untuk berbelanja. Sepatutnya BSH dikecilkan skop perbelanjaannya hanya bagi produk atau perkhidmatan tempatan sahaja.

Untuk menjayakan usaha sedemikian, kerajaan perlu mencari mekanisme bukan tunai. Apabila rakyat berbelanja BSH untuk produk/perkhidmatan tempatan, duit tersebut akhirnya akan kembali kepada kerajaan juga melalui percukaian. Maka dalam pada itu, kerajaan ibaratkan tidak rugi pun – kerana rakyat berbelanja, peniaga dalam keuntungan dan kerajaan dala kestabilan.

Sumber
Belanjawan 2020: 1.1 juta bujang usia lebih 40 tahun layak terima BSHBSH Will Raise Government Debt, Say ExpertsMore than 500 people surveyed say Bantuan Sara Hidup is not enough
Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker