Ad
Umum

Peranan Jerung Ialah Jaga Kesihatan Lautan!

Jerung selalunya disangka sebagai pemangsa alfa yang menghuni bahagian atas rantaian makanan di laut. Tetapi kita tidak pernah disangka di sebalik reputasi ganasnya seperti dipaparkan dalam Jaws, ia sebenarnya bertanggungjawab memelihara ekosistem habitatnya. Buktinya dapat dilihat di Shark Bay atau Teluk Jerung, satu kawasan perlindungan marin seluas 8,800 batu persegi.

Tiada siapa menyangka jerung selain berperanan sebagai pemangsa, turut memainkan peranan sebagai pengawal ekosistem mereka. Dengan memastikan ekosistem mereka stabil dan mempunyai ketahanan yang baik, jerung secara tidak langsung merupakan penghalang isu perubahan iklim daripada terus menjadi parah.

Lokasi shark bay di Australia.

Shark Bay yang turut diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO dilihat pilihan tepat untuk kajian ini. Ini kerana kawasan ini mempunyai bilangan haiwan mangsa dan pemangsa yang seimbang dan rumpai laut yang tebal dan sederhana. Rumpai air bukan sekadar memperlahankan arus air, menjernihkan air dan membekalkan makanan dan habitat kepada pelbagai spesies haiwan.

Ad

Malah, ia turut menangkap gas karbon dioksida dan menstabilkan sedimen di lantai laut yang menyimpan gas berkenaan. Apabial karbon dioksida terperangkap dalam sedimen, ia boleh kekal di situ selama puluhan ribu tahun.

Satu penemuan menarik pada 2012 mengujakan para saintis. Mereka mendapati jerung-jerung harimau ini berperanan sebagai pengawal kawasan rumpai laut tropika dengan mengusir haiwan marin herbivor seperti dugong atau penyu pergi.

Mungkin ia nampak remeh tetapi di negara-negara di mana spesies sebegini dilindungi seperti Kepulauan Carribean dan Indonesia, ia mengakibatkan haiwan-haiwan ini melahap kawasan rumpai laut sederhana tanpa henti. Menurut Trisha Atwood dari Makmal Perubahan Global dan Ekologi Akuatik, Ohio State University, ini menyukarkan usaha mengekang perubahan iklim.

Ini kerana tambahnya, rumpai laut merupakan salah satu daripada spesies hidupan yang berupaya menyimpan karbon yang terbaik di dunia. Malah, keupayaannya menyerap karbon jauh lebih baik daripada hutan hujan tropika. Di sini, Atwood melihat jerung juga harus diberi status perlindungan sama seperti penyu kerana ia mengawalnya daripada terlebih makan rumpai laut.

Shark Bay dari utara.

Shark Bay turut menjadi bukti perbezaan kawasan rumpai laut yang dijaga jerung. Pada tahun 2011, kawasan itu dilanda gelombang haba yang mengakibatkan hampir 99% rumpai laut mati dengan bakinya berada dalam bahaya. Bagi para saintis seperti Rob Nowicki dari Makmal Marin Mote, ini peluang terbaik untuk menguji teori mereka.

Dan hasilnya amat mengejutkan. Rumpai laut yang terbiar tanpa penjagaan jerung menjadi semakin teruk dengan bilangannya semakin berkurangan. Tetapi bagi kawasan rumpai laut yang dikawal jerung, ia kembali stabil. Ini kerana jerung-jerung ini memberi masa kepada tumbuhan laut itu untuk pulih.

Bagi Nowicki, ini menunjukkan jerung merupakan spesies yang menjadi penanda aras sesebuah ekosistem marin. Tanpanya, ekosistem marin sesebuah kawasan boleh saja berubah secara drastik atau musnah. Beliau menambah jika pemangsa ini hilang, ia bakal memberi kesan besar dalam pelbagai segi untuk jangka masa panjang.

RUJUKAN:

McKeever, Amy. (2021). The surprising ways sharks keep the ocean healthy. National Geographic.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Back to top button