BeritaEkonomi

Penyusutan Ketara Kenaikan Gaji Pekerja Malaysia Pada 2020

Menurut kajian yang dilakukan oleh firma konsultansi global, ECA International, pekerja Malaysia akan menyaksikan penurunan kenaikan gaji yang ketara pada tahun hadapan iaitu 2.9% berbanding 4.0% pada tahun ini.

Pengarah Serantau Asia ECA International, Lee Quane berkata dalam satu kenyataan bahawa walaupun kenaikan gaji nominal kekal pada 5.0%, namun kadar inflasi yang dijangkakan naik dari 1.0% kepada 2.1% pada tahun hadapan menjejaskan kenaikan gaji yang menjadikan pada kadar 2.9%.

Tambahan beliau, walaupun kadar kenaikan gaji itu masih dikira tinggi untuk negara Malaysia, namun hal ini telah menyebabkan Malaysia terkeluar daripada carta negara 10 kadar kenaikan gaji teratas diperingkat global dan juga Asia Pasifik.

Berdasarkan carta global, 5 teratas diungguli oleh negara Asia dan India kekal negara teratas sebagai negara paling tinggi kadar kenaikan gaji.

Memetik kenyataan Quane dariapada The Edge,

The average real salary increase in the Asia Pacific (AP) region is forecasted to be 3.2%, which is significantly higher than the global average of 1.4% and nearly three times the European average of 1.1%. This is a trend that we have seen for many years now, due to low inflation and rising productivity in many Asian economies, resulting in the rapid growth of salaries compared to other regions,”

Untuk Singapura pula, kenaikan purata gaji sebenar diramalkan pada kadar 3.0% mengatasi inflasi pada 2020, dengan melihatkan sedikit kejatuhan daripada 3.3% pada 2019.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker