Polisi

Penurunan Nilai Ambang Hartanah Merugikan Rakyat

Penurunan pembelian minumum hartanah diturunkan kepada RM 600,000 daripada RM 1,000,000 untuk warga asing.

Mengikut BNM, harga maksimum rumah mampu milik adalah RM 282,000. Tetapi, kebanyakan pemaju menyediakan rumah yang berharga lebih daripada RM 282,000. Sekiranya kita lihat daripada Laporan Pasaran Harta Separuh Pertama 2019, sebanyak 52,659 buah unit rumah yang tidak terjual dengan nilai lebih kurang RM 41 billion.

Pecahan RM 41 bilion hartanah yang tidak terjual;
Industri – RM 1.05 bilion
Apartmen – RM 14.57 bilion
SOHO – RM 760 juta
Lot Kedai – RM 4.98 bilion
Residensi – RM 19.76 bilion

Kesian pada rakyat Malaysia, sudahlah pemaju swasta tidak menyediakan harga rumah pada harga mampu milik. Sekarang ini, kerajaan pula ingin mengurangkan pembelian minimum untuk warga asing kepada RM 600,000 daripada RM 1,000,000 untuk menggalakkan pembelian hartanah yang tidak terjual.

Ibarat ‘sudah jatuh ditimpa tangga’

Nilai purata hartanah yang disediakan oleh pemaju swasta adalah RM 420,345 iaitu lebih tinggi daripada RM 282,000. Nilai purata hartanah untuk setiap jenis hartanah adalah seperti berikut; (rujuk gambar)
Rumah teres – RM 384,277
Rumah Bertingkat – RM 340,771
Rumah Berkembar – RM 655,383
Rumah Separa Berkembar – RM 654,765

Untuk Belanjawan 2020, kerajaan kurang memberi fokus untuk rakyat Malaysia membeli rumah mampu milik. Kerajaan hanya membina rumah mampu milik sebanyak 5,000 unit di kawasan Bandar Malaysia sahaja. Sedangkan, rakyat seluruh negara sekarang ini terdesak untuk membeli rumah,

Kalau dibandingkan mengikut purata harga hartanah mengikut negeri adalah seperti berikut;
Kuala Lumpur – RM 780,560
Selangor – RM 480,760
Sabah – RM 458,770
Sarawak – RM 440,650
P. Pinang – RM 437,630
Johor – RM 349,690
Pahang – RM 229,830

Purata harga rumah di Pahang adalah RM 229,830 iaitu kurang daripada yang ditetapkan oleh BNM iaitu RM 282,000. Manakala, Kuala Lumpur mencatatkan purata harga rumah paling tinggi iaitu RM 780,560.

Kerajaan sepatutnya memperbanyakan rumah mampu milik seperti yang dilaksanakan dalam program PR1MA. Setelah itu, kerajaan negeri juga sepatutnya memainkan peranan yang sama dalam membina rumah mampu milik untuk ‘memaksa’ pemaju swasta menurunkan harga rumah. Bukannya ‘memudahkan’ warga asing untuk membeli rumah di Malaysia.

Tindakan Kerajaan Persekutuan yang nampak ‘mesra’ dengan pemaju swasta seolah-olah mengenepikan rakyat Malaysia sendiri yang ingin membeli rumah pertama mereka.

Kerajaan seharusnya membiarkan pemaju swasta kerana rumah yang disediakan adalah melebihi harga mampu milik rakyat Malaysia. Bila pemaju swasta terdesak untuk menjual hartanah kerana banyak hartanah yang tidak terjual, mereka akan sendirinya menurunkan harga rumah.

Pihak swasta juga meminjam pinjaman daripada bank komersil sebagai modal menjalankan perniagaan. Apabila mereka terdesak untuk membayar pinjaman setiap tahun kerana hasil pendapatan mereka berkurang disebabkan hartanah tidak terjual, pihak swasta akan ‘terpaksa’ untuk menurunkan harga rumah supaya mereka boleh mendapatkan hasil untuk membayar pinjaman daripada bank komersil.

Kerajaan juga boleh memperkenalkan cukai baru untuk mendesak pemaju menurunkan harga rumah iaitu cukai kekosongan atau ‘vacancy tax’. Kadar cukai akan dikenakan mengikut harga hartanah. Makin tinggi harga rumah, makin tinggi kadar cukai.

Sekiranya pemaju tidak berjaya menjual unit rumah dalam satu tempoh masa yang ditetapkan, kerajaan boleh mengenakan cukai ini kepada pemaju yang gagal menjual rumah tersebut. Akhirnya, pemaju akan ‘didesak’ untuk menurunkan harga rumah dengan perkenalan cukai ini.

Seharusnya kerajaan memperbanyakan rumah mampu milik dan bukannya memudahkan orang asing memiliki rumah. Rakyat Malaysia sudah ditekan dengan pihak pemaju yang hanya menyediakan rumah di atas harga mampu milik. Sekarang ini, kerajaan memudahkan pula warga asing untuk membeli rumah di Malaysia.

Sumber
Berita Harian. (2018, Ogos 17). Harga maksimum rumah mampu milik RM 282,000 - BNM. Berita Harian. Retrieved fromNational Property Information Centre. (2019). Laporan Pasaran Harta Separuh Penggal Pertama 2019. Retrieved from
Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker