Polisi

Penjelasan Belanjawan 2020 Ringkas, Padat & Mudah Faham

Rasanya masih tidak terlambat untuk kita fahamkan berkenaan Belanjawan 2020. Bagi yang tertinggal kapal, jangan risau. Ini ada ulasan yang mudah faham daripada pemilik akaun Facebook Faiz Pire yang sememangnya pakar dalam bidangnya tersendiri.

Dijemput untuk hadamkan dengan gembira ya.

1. Sasaran GDP

Untuk tahun 2020, Kerajaan menjangkakan ekonomi kita berkembang sebanyak 4.8%, meningkat sedikit daripada jangkaan 2019 (4.7%).

Tapi kalau kita bandingkan dengan jangkaan para penganalisis, 4.8% ni kira tinggi jugak ni. Rata-rata penganalisis forecast lebih kurang 4.3% ke 4.5% saja.

Malah World Bank pun target Malaysia berkembang pada kadar 4.6% pada tahun 2020. Maka, boleh la dikatakan jangkaan 4.8% tu agak optimistik.

Fun fact: Tahukah anda ketika membentangkan belanjawan tahun lepas, Kerajaan menjangkakan harga minyak purata 2019 akan berada pada paras USD72/barrel? Namun selepas setahun, unjuran itu akhirnya terpaksa dibetulkan kepada USD63/barrel. “Think about it.”

Berbalik kepada GDP target. Untuk faktor domestik, ekonomi kita bergantung kepada private consumption.

Ya, yang kita berbelanja tiap-tiap hari ni, sebenarnya kita sedang menjana ekonomi negaralah ni. Tapi bila sentimen pengguna tak berapa baik, confidence level tak berapa tinggi, kita akan lebih berhati-hati dan akan kurangkan perbelanjaan yang tak penting, kan? Itu akan memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi.

Faktor luaran pun boleh memberi kesan. Kalau kita baca perkembangan terkini, kat luar sana banyak ketidaktentuan.

Perang dagang antara US dan China masih belum selesai. Dan aku jangka akan terus berlarutan, jika tidak semakin memuncak, sebab tahun depan US akan ada Presidential Election pada bulan November. Knowing Trump, aku rasa dia akan terus sembang kencang depan pengundi-pengundi dia benda rhetoric macam, “Make America Great Again” etc. Jadi, takkanlah dia nak dilihat seperti ‘tunduk’ pada China, kan? Depan orang kampung kena la sembang macam hero.

Brexit pun masih tak ketahuan hala. Dingdong dingdong masih di situ jugak. Ni yang terbaru, Turki pulak dah lancarkan serangan ketenteraan ke atas Syria.

Pendek kata, geopolitical risks will remain elevated, thus might affect global economic growth. Bila ekonomi besar seperti US, China, Euro semua semakin perlahan, ekonomi kita memang tak dapat lari daripada terkena tempias. Permintaan terhadap barang yang kita eksport besar kemungkinan akan turut terjejas, dan ini juga akan memberi impak negatif kepada pertumbuhan ekonomi negara.

2. Defisit Fiskal

Fiscal deficit ni bahasa mudahnya kita berbelanja melebihi pendapatan. Sebab tu ada perkataan ‘deficit’.

Tahun 2018, deficit -3.7%.
Tahun 2019, mungkin -3.4% (jangkaan, sebab kan tak habis lagi tahun 2019 ni?)
Untuk tahun 2020, plan awalnya target deficit -3.0%.

Tapi masa bentang belanjawan minggu lepas, Menteri Kewangan ubah sikit target daripada -3.0% kepada -3.2%. Maknanya naik balik.

Kenapa kita kena monitor fiscal deficit ni?

Sebab kalau kita main spend ja, tak peduli income cukup atau tidak, itu menunjukkan seolah-olah kita ni macam tak bertanggungjawab. Kesannya, rating agencies akan downgrade sovereign rating kita. Bila rating rendah, kos untuk kita pinjam duit akan jadi lebih mahal, sebab pelabur melihat kita sebagai berisiko; mungkin tak mampu bayar balik pinjaman. Tu yang penting untuk jaga rating ni.

Jadi, bila Kerajaan ubah fiscal deficit target kita jadi sedikit tinggi, adakah kita akan di downgrade?

Setakat sekarang, rasanya kita masih ‘selamat’. Dengan keadaan ketidaktentuan ekonomi global (yang kita bincang kat atas tadi), it is ‘justifiable’ lah kenapa kerajaan buat keputusan untuk tinggikan sedikit fiscal deficit untuk dijadikan modal Development Expenditure yang bertujuan untuk merangsang ekonomi.

3. Perbelanjaan Pembangunan

Untuk perbelanjaan, ia terbahagi kepada dua; Operating Expenditure (OE) dan Development Expenditure (DE). Operating Expenditure, macam bunyinya, adalah perbelanjaan untuk menguruskan negara e.g. gaji penjawat awam. Manakala Development Expenditure pula adalah perbelanjaan untuk pembangunan negara e.g. projek infrastruktur.

Kalau perasan, untuk tahun 2020, peruntukan untuk DE adalah RM2.3bn lebih tinggi dari tahun sebelumnya (2019: RM53.7bn, 2020: RM56.0bn). Dari segi percentage of total expenditure, DE meningkat daripada 17.4% untuk 2019 kepada 18.8% tahun 2020.

Budget inilah yang akan digunakan untuk rural development (especially Sabah & Sarawak), new hospitals, new clinics, new schools (Langkawi, Kulai, Hulu Langat, Putrajaya, Pasir Gudang, Tumpat, Marang and Johor Bahru), projek-projek macam tu lah.

Dan kalau kita perhatikan, belanjawan kali ni tak ada major key infra project macam dulu e.g. KL-Singapore High Speed Rail, MRT Line 3.

Projek baru cuma seperti TransBorneo Highway (164km highway, connecting Sabah & Sarawak to Eastern Kalimantan), Serendah-Port Klang rail bypass and Klang Logistic Corridor (cargo shipment) and upgrading Ipoh Airport and extension of its runway (dekat rumah den ni).

Oh btw, kerajaan juga akan meneruskan projek Bandar Malaysia (5,000 unit rumah mampu milik), ECRL, MRT Line 2, Pan Borneo Highway dan Rapid Transit System (RTS) JB-Singapore.

4. Hasil Petroleum (Revenue)

Tahun 2019, kita kecek Petronas RM54bn (RM24bn regular dividend + RM30bn special dividend) untuk tampung belanjawan kita. Dan itu telah menyebabkan kebimbangan di kalangan pelabur; adakah kerajaan akan terus ‘pow’ Petronas untuk tahun-tahun berikutnya, atau ini sekadar one-off saja?

Dalam belanjawan 2020 dah terjawab; Petronas akan bayar regular dividend saja, dan anggaran harga minyak tahun depan pula adalah pada paras USD62/barrel. (Kawan-kawan Petronas boleh tarik nafas lega).

5. Sasaran Inflasi

Bercakap tentang harga minyak, rasanya semua orang dah dengar tentang plan subsidi bersasar yang akan berkuatkuasa Januari tahun depan. Dan dengan berkuatkuasanya skim tersebut, harga minyak RON95 akan mula diapungkan semula dan akan terdedah kepada sebarang perubahan harga minyak dunia, seperti dulu.

Macam yang kita tau, syarat untuk menerima subsidi RM30 dan RM12 sebulan tu agak ketat, dan seperti yang telah dibangkitkan oleh pakar-pakar beberapa tahun dahulu, kenaikan harga minyak akan memberi kesan kepada logistik dan kos menjalankan perniagaan. Bila kos pengangkutan meningkat, harga barang dan servis juga akan meningkat dan akhirnya akan terpaksa ditanggung oleh pengguna.

FYI, transportation mewakili lebih kurang 15% dalam Consumer Price Index (CPI) basket, dan kenaikan dalam segment ini akan mendorong inflasi untuk meningkat. Sebab itu Kerajaan sendiri telah menjangkakan inflasi untuk tahun 2020 akan berada pada paras 2.0%, berbanding 0.9% tahun ini.

Kalau kita ambil jangkaan harga minyak untuk tahun 2020 (USD62/barrel), harga RON95 akan menjadi RM2.34/liter (vs. sekarang cuma RM2.08/liter).

Tapi to be fair, hasil perlaksanaan skim subsidi bersasar ni, dapatlah kita tambah allocation untuk sektor pendidikan dan kesihatan. Sektor pendidikan dapat RM64bn (+6.5% dari tahun 2019). Kesihatan pulak dapat RM30.6bn, naik +6.7% untuk tempoh yang sama. Itulah yang dapat bagi vaksin pneumococcal tu. Mahai tau dak kalau pi bayaq sendiri.

6. Lebuhraya

Yang ni tak berapa terang sangat. Tup-tup kata nanti kita boleh dapat discount 18% kalau guna PLUS highway. So ni hint yang PLUS memang akan dijual ka macamana? Tapi tak habaq pulak siapa pembeli bertuah tu. Ka memang dah ada, cuma tak berani nak announce?

Yang KESAS, LDP, SPRINT, SMART tu pulak, dah dapat approval daripada kabinet. Yang ni boleh kira done deal la kot, since government dah setuju to fund the acquisition via government-guaranteed borrowings. Katanya pembelian 4 highway ni takkan membebankan kerajaan, sebab entirely funded by collection of toll/congestion charges. Katanya lah.

7. RM600k

Yang ni topik hot jugak ni. Kerajaan turunkan threshold untuk foreigner beli high-rise property in urban area from RM1.0mil to RM600k. Ya, RM600k ni kalau convert pi duit luaq, tak besaq mana pun. Memang ‘affordable’ sangat kalau depa nak beli.

Ada jugak aku baca yang argue, “Alah, ini untuk clearkan unsold property je. Rumah yang memang orang kita tak nak beli. Jadi baik jual ke orang luar.”

Tapi kena ingat sama, kalau foreigner sekadar beli je tapi tak ada orang duduk, macamana kawasan tu nak berkembang? Untung kat developer je la sebab boleh cuci tangan. Tengok apa jadi kat Iskandar Puteri (minta maaf kalau ada yang duduk area situ). Jadi ghost town ja sudahnya.

8. Lain-lain

  • Allocation untuk Bantuan Sara Hidup (BSH) kekal RM5.0bn. Tapi recipient akan bertambah daripada 3.9mil household yang layak sekarang, ada lagi 1.1juta individu bujang yang berumur 40 tahun ke atas dan disable persons berumur 19 tahun ke atas (yang income kurang daripada RM2,000/sebulan). So, kena share lah sama-sama.
  • Kutipan SST akan diperluaskan lagi. Antaranya melalui digital tax e.g. downloaded software, music, video, digital advertising. Selain tu kempen Visit Malaysia 2020 pun harap-harap dapat hasilkan kutipan SST yang tinggi untuk tahun depan. Dengaq cerita Genting Outdoor Theme Park nak bukak dah 3Q20 nanti.
  • Gaji minima dinaikkan daripada RM1,100 kepada RM1,200. Tapi yang tricky nya, ia hanya tertakluk kepada pekerja di ‘major cities’ sahaja. Dan sampai hari ni, Kerajaan masih tak define apa yang dimaksudkan dengan major cities. Cuma aku rasa kalau yang duduk pekan, memang gaji rata-ratanya dah lebih daripada ni kot? Yang gaji rendah, kat plantation sector. Tapi depa tak duduk ‘major cities’.
  • Oh, aku suka part to extend eligibility to claim overtime. Sekarang gaji bawah RM2,000 ja boleh claim OT. Lepas ni akan dinaikkan ke RM4,000.
  • And of course, increase in tax relief for fees childcare centres/taska from RM1,000 to RM2,000. Hehe.

Cukup la kot. Panjang sangat dah ni. Macam aku cakap awal tadi, kalau nak cover semua item memang tak mampu la. Ini sekadar yang aku rasa menarik untuk orang kebanyakan macam kita.

Ni satgi jangan dok mai hentam, “Awat tak cerita pasai restructuring plan to merge the 4 DFIs? Saja nak sorok la tu”. Punggah. Kena la tengok audience sama. Siapa yang most likely baca post kat Facebook aku ni. Tulih canggih-canggih tapi orang tak paham, tak guna jugak.

Selanjutnya...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker