Ekonomi

Pengurusan Ekonomi Negara

Ramai orang yang keliru atau tidak tahu macam mana ekonomi negara diuruskan, jadi saya ambil kesempatan ini untuk menerangkan dengan bahasa mudah faham agar orang tahu bagaimana ianya diuruskan. Bila sudah tahu baru kita boleh mengkritik dengan bagus dan rakyat jadi cakna tentang isu polisi.

Ekonomi negara ni terbahagi kepada 2. Satu ekonomi rakyat dan satu lagi ekonomi fiskal atau bahasa lain dia makro and mikro economi.

Ekonomi rakyat ini bahasa mudah faham ialah apa yang masuk ke poket rakyat. Apa yang rakyat dapat. Ini penting sebab apa yang rakyat dapat ni akan menjana ekonomi negara sebab jika tiada perbelanjaan, ekonomi akan lumpuh. Rakyat kena berbelanja.

Ekonomi rakyat ni antaranya adalah gaji, bantuan, subsidi, “helicopter money” ( BR1M/BSH ) dan sebagainya. Ini akan berikan kesan langsung kepada rakyat kebanyakakn. Dasar ini membolehkan rakyat berbelanja. Lagi banyak diberi, lagi banyak rakyat berbelanja. Gaji naik, perbelanjaan isi rumah akan naik. Bagi helicopter money, rakyat berbelanja lagi.

Satu lagi bab ekonomi fiskal. Bab ini tentang macam mana kerajaan nak jaga penarafan hutang. Penarafan hutang bagus, faedah akan rendah sebab penarafan hutang yang bagus menunjukkan kemampuan untuk membayar balik hutang juga bagus. Peminjam yang kurang risiko. Bila penarafan hutang terjaga ianya akan memudahkan perniagaan untuk mengembangkan perniagaan. Ia juga akan memudahkan kerajaan berhutang untuk pembangunan. Bila kerajaan berhutang untuk pembangunan, banyak projek boleh dilaksanakan. Perbelanjaan kerajaan merupakan pendapatan swasta.

Dua benda ni berkait rapat. Dia akan membentuk kitaran dan didalam kitaran tiada satu perkara pun boleh hancur. Hancur satu perkara, kitaran akan jadi tidak lengkap seterusnya akan mengakibatkan kitaran itu hancur sama.

Berkenaan dengan ekonomi rakyat. Bab ini mudah. Secara teori, apa yang kerajaan bagi kepada rakyat akan dapat balik kepada kerajaan menerusi cukai. Rakyat dapat RM2000 , RM2000 tu akan pergi balik ke kerajaan melalui cukai dengan syarat duit itu tidak disimpan. Jika ianya tidak disimpan, duit itu akan pergi balik ke kerajaan melalui cukai .

Contohnya rakyat dapat RM2000, dia pergi beli barang dekat kedai A. Kedai A dapat untung, dia bayar cukai. Kedai A pula beli barang dari kedai B. Kedai B dapat untung dia bayar cukai. Kedai B dapat barang dari pengilang, pengilang untung dia akan bayar cukai. Pengilang beli barang dari pekebun. Pekebun dapat untung, dia bayar cukai.

Kedai A, B, pengilang dan pekebun guna juga duit untung tu bayar gaji. Pekerja bayar cukai pendapatan dan berbelanja sama. Kitaran itu akan berterusan. Semua akan dapat manfaat, semua bayar cukai . Duit akan pergi ke kerajaan balik.

Jadi teorinya duit yang kerajaan bagi akan pergi ke kerajaan balik sekiranya rakyat tidak menyimpan. Macam mana hendak memastikan rakyat tidak menyimpan? Kena bagi keyakinan bahawa ekonomi berada dalam keadaan bagus. Ekonomi bagus rakyat tidak menyimpan. Rakyat tidak yakin dengan keadaan ekonomi, rakyat akan menyimpan. Jika itu berlaku, kitaran akan hancur.

Lagi satu kerajaan kena pastikan tiada yang lari cukai. Ini yang dinamakan “black economy”. Cara nak pastikan ini tidak berlaku ialah dengan memperkenalkan sistem cukai yang komprehensif. GST antara sistem cukai yang telus. Tiada yang terlepas. Cukai kena dibayar. Bila sistem cukai telus dan komprehensif, kitaran tu tidak akan hancur. Jadi kerajaan dapat balik duit yang diberi.

Jadi kerajaan tidak perlu takut untuk memberi sebab duit tu akan dapat balik ke kerajaan. Sistem cukai sahaja kena betul supaya dapat balik semua. Kerajaan sekarang tak boleh nak bagi banyak sebab sistem cukai tidak bagus. Dia bagi nanti dia tak dapat balik. Itu satu sebab penting kenapa GST perlu diadakan kembali. Supaya kitaran itu berjalan lancar.

Bab satu lagi nak jaga penarafan hutang.

Penarafan hutang ini berkait rapat dengan konsolidasi fiskal, hutang berbanding KDNK, defisit fiskal dan sebagainya. Ini semua masuk dalam bab ini. Tujuan utama dia ialah untuk menjaga penarafan hutang. Kalau benda ini tak terjaga, penarafan hutang akan jatuh. Kos berhutang jadi tinggi.

Benda ni berkait rapat dengan pasaran (ekuiti, bon dan money market). Jika penarafan tidak dijaga, penarafan kita teruk. Pasaran ekuiti akan teruk dan pasaran bon akan tertekan. Pasaran ekuiti sebab kos berhutang akan jadi tinggi. Bila pasaran teruk, tiada syarikat hendak mengembangkan perniagaan sebab pasaran tengah teruk tiada pelabur berani masuk. Macam mana nak kembangkan jika tiada pelabur? Pasaran bon juga akan teruk sebab pelabur bon akan tarik keluar duit sebab risiko jadi tinggi.

Macam mana hendak kembangkan perniagaan jika kos berhutang tinggi ataupun tiada yang nak melabur? Perniagaan tidak dikembangkan, tiada peluang pekerjaan baru.

Jadi kerajaan kena jadi kreatif untuk jaga penarafan tapi pada masa yang sama ekonomi rakyat tidak terkesan langung atau memberi kesan yang minimal. Bab ini pada pendapat saya membezakan kerajaan itu bagus atau tidak.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Lain

Close
Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker