Global

Penguncupan KDNK Singapura Yang Mengejut Memberi Amaran kepada Ekonomi Dunia

Ekonomi Singapura menguncup secara mengejut pada suku kedua tahun ini telah memberikan satu amaran kepada ekonomi dunia apabila perangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China diberhentikan untuk sementara waktu.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Singapura mengecut kepada 3.4% pada suku pertama tahun ini berbanding pertumbuhan yang diramalkan oleh Bloomberg survey of economists iaitu sebanyak 3.8%.

Seperti ekonomi Korea Selatan yang telah menguncup untuk suku pertama. Singapura juga terdedah kepada persekitaran perdagangan yang tidak stabil oleh kerana negara tersebut terlalu bergantung kepada sumber eksport. Pengeluaran oleh kilang-kilang di negara-negara Asia dan Eropah mencatatkan penguncupan manakala di Amerika Syarikat berlaku sebaliknya.

“Singapura ialah negara yang sangat terbuka dan terdedah kepada aktiviti perdagangan,” kata Chua Hak Bin, seorang ahli ekonomi di Maybank Kim Eng Research Pte di Singapura. Data menunjukkan satu risiko permulaan kepada kelembapan ekonomi di seluruh Asia.

Asia merupakan sebuah enjin kepada pertumbuhan ekonomi dunia dan menyumbang lebih 60% daripada KDNK dunia. Mengikut International Monetary Fund (IMF), Rob Subbaraman, ketua penyelidikan makro global dan ketua bersama penyelidikan pasaran global di Nomura Holdings Inc, bersetuju bahawa “ejatuhan KDNK yang besar memberi tanda yang tidak baik kepada serantau Asia.”

Kedudukan Singapura dan rantaian penawaran membuatkan negara tersebut sangat terdedah kepada kelembapan akibat pertumbuhan ekonomi dunia yang perlahan dan perangan tariff antara AS dan China. Data eksport telah pun memberi satu tamparan kepada negara tersebut semenjak beberapa bulan yang lepas, dengan penghantaran perdagangan yang telah merosot dengan teruknya semenjak awal tahun 2013.

“Saya fikir data ekonomi akan jadi buruk, tapi kali ini tersangatlah buruk,” kata Chua “Penunjuk kemerosotan ekonomi secara teknikal adalah benar. Kita fikir ianya mungkin teruk, tetapi risiko sekarang ini mungkin akan jadi lebih teruk.”

Dollar Singapura jatuh sebanyak 0.1% kepada 1.3588 terhadap USD setelah data dikeluarkan.

Selain daripada perang perdagangan, sektor teknologi telah meningkat berbanding ramalan. Lebih kurang 40% eksport Singapura adalah komponen litar elektrik bersepadu sahaja. Mengikut Tuuli McCully, ketua ekonomi Asia Pasifik di Scotiabank di Singapura.

“Kejatuhan dalam sektor semikonduktor dunia digambarkan dengan prestasi sektor tersebut di Singapura berbanding negara-negara yang lain,” kata McCully.

Kejatuhan bukan dalam eksport Singapura sahaja. Sementera itu, sektor pembuatan juga menunjukkan penguncupan sebanyak 6% pada suku kedua berbanding suku yang sebelumnya. Sektor pembinaan jatuh sebanyak 7.6% berbanding 13.3% pada suku pertama. Industri servis pula mengecut sebanyak 1.5 pada suku kedua.

Kelemahan yang berlaku mungkin membuatkan Monetary Authority of Singapore (MAS), yang merupakan bank pusat negara tersebut untuk mengekalkan polisi sedia ada pada Oktober atau mungkin melonggarkan polisi sedia ada. MAS mengunakan kadar pertukaran sebagai penanda utama dan mengekalkan polisi pada April yang lepas.

 “Sekiranya pada Oktober ini berlaku kelembapan dan perang perdagangan antara AS dan China masih gagal mencapai penyelesaian, MAS berkemungkinan besar akan melonggarkan polisi sedia ada,” kata Chua.

Kerajaan Singapura meramalkan ekonomi akan berkembang sebanyak 1.5%-2.5% pada tahun ini berbanding 3.1% pada tahun 2018. Pihak berwajib bersedia untuk menyemak unjuran pada bulan Ogos. Menteri Industri dan Perdagangan, Chan Chun Sing memberitahu Parlimen pada minggu lepas berkata Singapura dalam keadaan terkawal kerana asas ekonomi yang kukuh, kedudukan fiscal yang kuat dan perkembangan penstrukturan ekonomi yang mapan.

Rundingan perdagangan antara AS dan China sedikit sebanyak telah menyakinkan ahli-ahli ekonomi bahawa ekonomi dunia mampu untuk keluar daripada kelembapan ekonomi pada akhir tahun 2019 dan dengan harapan lebih daripada tahun 2019. Penganalisis Morgan Stanley menurunkan ramalan perkembangan ekonomi pada tahun 2019 dan 2020 sebanyak 3% dan 3.2%         

“Dengan resolusi antara konflik perdagangan Amerika Syarikat dan China dan lonjakan kitaran teknologi masih sukar untuk difahami. Risiko kelembapan ekonomi serantau masih lagi memuncak.” Kata Krystal Tan, ahli ekonomi di Australia & New Zealand Banking Group Ltd. di Singapura.

Artikel asal: Warning Shot to World Economy as Singapore Slumps, China Exports Drop

Sumber
Warning Shot to World Economy as Singapore Slumps, China Exports Drop.
Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker