EkonomiIsu Semasa

Penggunaan Tenaga Asing, Gaji Kekal Rendah

Dulu guna tenaga kerja Indonesia (TKI).

Tidak lama kemudian TKI rasa gaji rendah tidak berbaloi, namun majikan masih nak kekal gaji rendah.

Maka ditukar pula kepada tenaga buruh Indo-China iaitu Vietnam dan Myanmar.

Tidak lama kemudian, buruh Indo-China pun rasa gaji rendah tidak berbaloi, majikan pula masih nak kekal gaji rendah.

Maka disalin pula dengan tenaga buruh dari subbenua India iaitu dari Bangladesh, Pakistan, ada pula yang nak lagi murah guna juga UNCHR Rohingya, walaupun sebenarnya salah dari segi undang-undang.

Sekarang tenaga buruh dari subbenua India tersebut pun sudah rasa tidak berbaloi gaji yang diterima.

Ya tak ya juga, apabila dihitung segala bayaran untuk berkerja seperti levi, permit dan visa pekerja, itu belum cerita duit ‘pau’ dan kerinduan kampung halaman dek kerana bekerja ditempat orang, memang tidak berbaloi.

Maka tinggallah pekerja-pekerja baru dan tidak terlatih, nak kena latih dari bawah dan hasil kerja pun tidak seberapa. Kena nasib malang, ajar dua tiga bulan lari ikut kontrak lain.

Kalau ada yang berpengalaman sekali pun ramai yang jenis pemalas, berkira kerja dan suka curi tulang, orang tua-tua kata, yang pandai ‘angkat harga’.

Al-kisahnya, ‘you pay peanuts, you get monkey‘.

Terbaru pula ada ura-ura nak guna buruh Afrika, kononnya lebih murah. Mungkin juga dapat idea daripada lawatan ke China.

Almaklumlah, kebanyakan produksi China telah beralih ke negara-negara Afrika kerana pengusaha kilang-kilang di China sudah tidak mampu menggajikan rakyatnya sendiri, gaji semakin naik. Maka jika diteruskan lagi, maka sektor pembuatan di China tidak akan jadi kompetitif untuk pasaran dunia.

Sebab itu jika baca media-media tengah, punca sebenar China melabur dan memberi hutang dengan kadar faedah yang sangat rendah dan kadangkala tidak ada faedah pun(dalam bentuk geran) kepada negara-negara Afrika bukanlah untuk melakukan debt trap seperti yang dimomokkan oleh sesetengah ahli politik pembangkang dahulu (kini dah jadi pihak kerajaan), tapi adalah kerana Afrika kini adalah talian hayat kepada China untuk terus melangkah kearah negara maju.

Kerana Xi Jinping dan China tahu, untuk menjadi sebuah negara maju, kenaikan gaji di dalam negara tersebut tidak boleh dihentikan lagi.

Sebaliknya persedian untuk menjayakan China menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi giat dilakukan dengan melaksanakan dasar-dasar yang mesra evolusi ekonomi pembuatan kepada teknologi, maka secara perlahan-lahan kita sendiri dapat saksikan China kini berubah daripada sebuah negara pembuatan kos rendah kepada negara penghasilan teknologi terbaik dan juga pemula inovasi aras tinggi.

Huawei, Tencent, Ali Baba, Sinopec, CRCC, CSCEC, China Mobile, Baidu, Xiaomi, SAIC kesemuanya menjadi frontline di dalam industri masing-masing.

Balik semula ke Malaysia, bandingkan dengan dasar kerajaan kita, bilamana menteri tenaga kerja yang kini mula pertimbang ambil pekerja asing dari Afrika kerana pekerja asing dari Vietnam dan Indonesia tidak mahu lagi datang untuk bekerja di negara ini disebabkan gaji yang diterima tidak jauh berbeza dengan negara asal, ataupun apabila PM sendiri sebut, “Gaji tinggi hanya naikkan harga barang”.

Tidak sesekali kerajaan kita berani sebut untuk naikkan gaji, walhal negara berpendapatan tinggi itu salah satu definisi penting dalam kemajuan sesebuah negara, alih-alih nanti rakyat juga yang disalahkan sebagai pemalas dan memilih kerja juga akhirnya barangkali?

Jauh, kita jauh.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Lain
Close
Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker