Ekonomi

Pengaruh Hari Bujang Sedunia dan Black Friday

Kebangkitan China sebagai pemain utama perdagangan dunia menularkan percikan kebudayaan di serata dunia. Antaranya ialah sambutan Hari Bujang yang diraikan pada setiap 11 November atas faktor simboliknya iaitu “1-1-1-1”. Yang mana tempat-tempat lain mungkin mengenalinya sebagai hari untuk meraikan orang bujang, China pula berbeza. Umumnya bangsa di China tidak mengamalkan temujanji pasangan untuk kemekaran cinta.

Maka ramai menetapkan suatu tarikh untuk keluar dari kepompong bujang. Dari sinilah sambutan Hari Bujang bermula, yang kemudian dibudayakan pula dengan diskaun besar-besaran untuk menyambut tamatnya Hari Bujang. Apabila perniagaan tawarkan diskaun besar-besaran, pengguna semestinya menyertainya. Sekecil-kecil RM1 sehinggalah RM177,559, perbelanjaan daripada pengguna ini boleh memberikan keuntungan berlipat ganda kepada penjual.

Dan tiada siapa yang lebih untung berbanding Alibaba Group Holding yang mendapat perolehan sebanyak AS$38.4 bilion dalam jualan satu hari sahaja. Pencapaian ini jauh mengatasi prestasi Amazon yang perlu tiga bulan untuk mencapainya. Sungguhpun begitu, perolehan tidak menjaminkan keuntungan kerana tawaran diskaun yang besar.

Menurut Jack Ma, kutipan Alibaba sebenarnya dibawah sasaran kerana jatuh pada hari Isnin yang sangat panas. Pengumuman Jack Ma memberikan impak kepada saham Alibaba yang mengecut 2.4%. Di Amerika Syarikat pula, Hari Bujang tidak mendapat sambutan yang hangat melainkan dari imigran-imigran China. Namun mereka pun tidak lari daripada pengaruh promosi pada hari-hari tertentu.

Hari Kekasih mungkin ditawarkan diskaun besar bagi barangan berkaitan hubungan. Namun paling rapat dengan Hari Bujang ialah sambutan Thanksgiving yang disusuli dengan suatu pesta diskaun bernama Black Friday. Biasanya pesta ini diraikan pada Khamis keempat dalam bulan November. Sambutan ini sudah bermula sejak tahun 1952 lagi, yang mana semangat beli-belah Christmas biasanya bermula.

Menjelang Black Friday, perniagaan biasanya dibuka seawal mungkin – kadang pada tengah malam pun. Apabila orang membanjiri kedai, kebarangkalian untuk berlaku histeria dan kehabisan stok juga tinggi. Namun berbeza dengan Hari Bujang, Black Friday mempunyai kemampuan untuk mengutip sebanyak AS$50.9 bilion pun. Peserta-peserta perniagaan yang ketinggalan dalam promosi juga tidak begitu rugi, kerana Christmas yang menghampiri tetap menjaminkan jualan. Maka mereka menjadualkan promosi-promosi sepanjang November dan Disember.

Sumber
Kharpal, A. (2019, November 13). Jack Ma: Singles’ Day sales missed expectations because it was ‘hot’ and fell on a Monday.Savitz, E. J. (2019, November 13). Alibaba Stock Is Down Because Jack Ma Reportedly Was Disappointed With Singles Day ResultsStampler, L. (2014, November 11). How China Singles’ Day Holidy Sold OutThe Star Online. (2019, November 12). Alibaba’s Singles’ Day sales hit record US$38b; growth slows
Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker