Isu Semasa

Pengangguran Belia Fenomena Biasa – Tun M

Kadar pengangguran di Malaysia berada pada tahap yang agak membimbangkan.  Kadar pengangguran golongan muda Malaysia berada pada tahap 10.8 peratus, lebih tinggi berbanding Singapura (4.6%), Thailand (5.9%), Vietnam (7.9%) dan India (10.5%).

Dalam PRU14 yang lalu, Pakatan Harapan telah menjanjikan 1 juta peluang pekerjaan dalam tempoh 5 tahun. Namun nadanya kini berubah. Berikut merupakan kenyataan Tun Dr Mahathir mengenai pengangguran belia.

KUALA LUMPUR 11 Julai – Kadar pengangguran belia di negara ini tidak membimbangkan dan terkawal kerana ia merupakan fenomena biasa bagi negara-negara membangun dan maju.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, golongan ini dikatakan berada dalam proses transisi daripada alam pembelajaran kepada realiti pasaran pekerjaan.

Katanya, antara faktor yang dikenal pasti menyumbang kepada pengangguran belia di Malaysia ialah ketidakcukupan kemahiran atau pendidikan, kekurangan pengalaman bekerja dan ketidakpadanan kemahiran.

“Kadar pengangguran dalam kalangan belia berumur 15 hingga 24 tahun adalah fenomena biasa yang dihadapi negara membangun dan maju di dunia,” katanya pada sesi pertanyaan-pertanyaan menteri dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Ma’Mun Sulaiman (PH-Kalabakan) yang meminta Perdana Menteri menyatakan langkah-langkah diambil kerajaan untuk mengurangkan kadar pengangguran belia dan membantu mereka mendapatkan pekerjaan.

Tambah Perdana Menteri, berdasarkan Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh, Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar pengangguran Malaysia pada tahun 2018 mencatatkan kadar 3.3 peratus manakala kadar pengangguran belia pada tahun 2018 adalah pada kadar 10.9 peratus.

Katanya, mengikut takrifan Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) 1999, negara yang mencatat kadar pengangguran di bawah empat peratus dikategorikan sebagai guna tenaga penuh.

“Belia juga dituntut memantapkan jati diri dan sikap agar menepati ciri-ciri pekerja yang dicari oleh majikan iaitu yang komited, rajin, berdaya tahan, kerja berpasukan, berkeinginan untuk belajar, kebolehan bekerja di bawah tekanan dan bersikap proaktif,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker