Ad
Umum

Pengambilan Pekerjaan Antara Kaum Dalam Sektor Kerajaan

Pengambilan pekerjaan dalam sektor kerajaan sering kali digambarkan mempunyai masalah diskriminasi antara kaum. Kaum Bumiputera dikatakan mempunyai peluang yang cerah untuk diambil bekerja dalam sektor ini berbanding dengan kaum-kaum yang lain. Akan tetapi, tuduhan seperti berikut sama sekali tidak berasas. Ini kerana, pengambilan dalam apa-apa sektor bergantung kepada permohonan yang diberikan.

Pengambilan pekerjaan dalam sektor awam sering dipelopori oleh kaum Bumiputera kerana bilangan pemohon daripada kaum ini adalah sangat tinggi. Jumlah pemohon dan yang berjaya diterima untuk Januari hingga Jun 2010 adalah seperti berikut;

Pemohon untuk tahun 2010 mengikut kaum

Ad
  • Melayu Bumiputera: 754,106
  • Bumiputera lain-lain: 109,985
  • Cina: 19 216
  • India: 32 708

Pemohon yang berjaya diterima bekerja dalam sektor kerajaan

  • Melayu Bumiputera: 14,430
  • Bumiputera lain-lain: 2,083
  • Cina: 907
  • India: 3,105

Peratusan yang diterima dalam kerajaan

  • Melayu Bumiputera: 1.91%
  • Bumiputera lain-lain: 1.89%
  • Cina: 4.72%
  • India: 9.49%

Berdasarkan statistik yang direkod pada tempoh ini, jelas sekali pemohon daripada kaum Bumiputera Melayu dan lain-lain mempunyai bilangan yang lebih tinggi berbanding daripada kaum-kaum yang lain. Akan tetapi, kebarangkalian untuk diterima bekerja dalam sektor kerajaan dipelopori oleh kaum Cina dan India dengan peratusan sebanyak 4.72% dan 9.49%. Jelas sekali tuduhan bahawa kerajaan bersifat selektif dalam mengambil pekerja adalah tidak benar. Boleh rujuk Gambar 1.1 di bawah untuk statistik pada tahun sebelumnya.

Gambar 1.1

Tuduhan bahawa kerajaan bersifat selektif dalam memilih pekerja adalah tidak benar dapat dibuktikan sekali lagi dengan kajian yang telah dibuat oleh Khazanah Research Institute (KRI). Dalam kajiannya yang bertajuk ‘The School-to-Work Transition of Your Malaysia’ mendapati kaum Cina yang ingin bekerja dalam sektor kerajaan atau awam hanya 11% sahaja berbanding dengan kaum-kaum yang lain.

Pemilihan kerja untuk sektor awam/kerajaan mengikut kaum adalah seperti berikut; (Lihat Gambar Rajah 1.2)

  • Melayu: 38%
  • Cina: 11%
  • India: 41%
  • Lain-lain: 60%
Gambar 1.2

Statistik yang dikeluarkan oleh KRI menguatkan lagi bahawa kaum Cina kurang berminat untuk bekerja dengan sektor awam. Tetapi, kerajaan dituduh mendiskriminasikan pendidik kerana pengambilan pendidik dalam sektor awam sangat kurang.

Setelah itu, kita pecahkan pula kepada beberapa kategori. Kaum Cina yang ingin bekerja dalam civil service/public administration/uniform services hanya 4% sahaja. Untuk sektor pendidikan pula, kaum Cina yang memilih untuk bekerja untuk sektor ini hanya 6%. Namun, kaum Cina memilih bekerja untuk sektor kesihatan agak tinggi dengan 13%. Boleh lihat Gambar Rajah 1.3.

Pecahan kaum yang memilih bekerja untuk sektor ‘servis awam/pentadbiran awam/badan beruniform’ seperti berikut:

  • Melayu: 13%
  • Cina: 4%
  • India: 11%
  • lain-lain: 24%

Pecahan kaum yang memilih bekerja untuk sektor ‘pendidikan’.

  • Melayu: 18%
  • Cina: 6%
  • India: 14%
  • lain-lain: 7%

Pecahan kaum yang memilih bekerja untuk sektor ‘kesihatan dan kerja sosial’.

  • Melayu: 12%
  • Cina: 13%
  • India: 12%
  • lain-lain: 23%
Gambar 1.3

Tuduhan-tuduhan yang mengatakan bahawa kaum Cina menjadi mangsa diskriminasi amatlah tidak berasas. Bagaimana mereka menjadi mangsa diskriminasi dalam sektor awam sedangkan kaum ini yang kurang berminat untuk bekerja dalam sektor awam. Gambaran bahawa kerajaan bersifat selektif  dalam mengambil pekerja adalah sangat tidak berasas.

Source
Edmund Terrence Gomez. (2013). The New Economic Policy in Malaysia: Affirmative Action, Ethnic Inequalities, and Social Justice (page 188).L.L. Lean., J. Mansor., M.A.R., Abu Rahim., N. Thuraya Sazali., M.K. Mohd Izhar. (2018). The School-to-Work Transition of Young Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Back to top button