Komentar

Pendidikan, Perlembagaan dan Agama

Pendidikan akan menjadi topik yang hangat untuk seminggu dua akan datang.

Kenyataan-kenyataan YAB Pemangku Menteri Pendidikan sudah tentu akan memulakan perbahasan hebat di kalangan rakyat.

Sekiranya ada yang berpendapat ‘Sekolah Kebangsaan Kerajaan sudah menjadi seperti Sekolah Agama’, harap boleh kongsi elemen apakah yang boleh menjadikan persepsi itu wujud?

Aku nak memahami sedalam-dalamnya mengenai pernyataan di atas.

Di Amerika Syarikat, ‘Pemisahan antara Kerajaan dan Agama’ atau ‘Sekularisme’ adalah antara isu penting yang menjadi perbezaan diantara Republikan dan Demokrat.

Malahan, itu memastikan Sekularisme diangkat sepenuhnya isu seperti “School Prayer” (Bacaam doa di sekolah), “Condom in School” (Pemberian kondom percuma di sekolah) sehinggalah “school uniform in public school” (baju sekolah seragam ancam Hak Asasi/Privasi) menjadi perdebatan hangat diantara ahli politik di Washington.

Malahan ada Ahli Kongres dan Senator semacam menjauhkan diri dari topik ini kerana takut akan reaksi rakyat di kawasan/negeri mereka yang nyata berbelah bahagi.

So.. Itu adalah Amerika Syarikat dan Perlembagaannya.

Maka, bagaimana dengan Malaysia dan Perlembagaan Persekutuannya. Adakah dengan mengurangkan elemen agama di sekolah kebangsaan Kerajaan akan bercanggah dengan intrepetasi Perkara 3 iaitu Islam adalah ‘AGAMA PERSEKUTUAN’…..

(beza tau Agama Rasmi Persekutuan dan Agama Persekutuan).

Jangan pandang aku ada niat lain, sekadar mahu memahami apakah parameter kepada perbahasan kita kelak.

Artikel ini merupakan pandangan peribada Azwan Omar.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker