Ekonomi

Pendapatan Isi Rumah (Household Income)

Baru-baru ini, Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) telah mengeluarkan satu kertas cadangan , ‘Penentuan Isi Rumah : Analisis Pendapatan dan Perbelanjaan Bersepadu‘ bagi memberi alternatif dalam kaedah mengukur ekonomi isi rumah dengan lebih baik melalui penggunaan pendapatan boleh lupus (disposable income).

Adalah lebih baik kita memahami beberapa terma terlebih dahulu bagi memahami kertas cadangan ini dan seterusnya mengelakkan salah faham. Contohnya, apa beza pendapatan isi rumah dengan pendapatan boleh lupus? Kenapa kaedah alternatif ini dicadangkan? Semua ini berbalik pada definisi terma-terma tersebut.

Pendapatan Isi Rumah (Household Income)

Definisi pendapatan isi rumah adalah jumlah pendapatan kasar bagi keseluruh ahli (berumur 15 tahun keatas) yang tinggal dalam sesebuah rumah. Walaupun ahli yang tinggal dirumah tu tiada ikatan tali persaudaraan, ia tetap termasuk dalam kiraan ini.

Pendapatan isi rumah biasanya digunakan oleh pihak bank untuk menentukan kelayakan pinjaman bank. Selain itu, ia juga penting sebagai indikator ekonomi dalam menentukan paras atau standard gaya hidup dalam sesuatu kawasan.

Gaji Penengah (Median Income)

Dalam kertas cadangan KRI tersebut banyak menyentuh Median Household Income, dan apa bezanya dengan Household Income ?

Contoh paling mudah nak faham median income adalah andaikan dalam sesuatu kawasan tu terdapat 3 isi rumah dan setiap isi rumah berpendapatan RM10,000 , RM7,500 dan RM5,000. Maka, median income di kawasan tersebut adalah RM7,500.

Manakala Median Household Income adalah gaji penengah isi rumah yang berumur 15 tahun keatas sahaja, tidak kira sama ada mempunyai talian persaudaraan atau tidak.

Kiraan median adalah lebih tepat berbanding penggunaan formula purata atau mean. Ini kerana jurang pendapatan yang besar akan mewujudkan skew atau lebih cenderung terhadap pendapatan yang terlalu tinggi.

Pendapatan Isi Rumah Penengah (Median Household Income)

Median Household Income kebiasaannya digunakan untuk buat kiraan kemampuan untuk memiliki rumah (House Affordability Index).

Pendapatan Bersih (Disposable Income)

Ada juga yang salah faham Household Income sama dengan disposable income, dimana ada juga disentuh dalam kertas cadangan tersebut.

Disposable income adalah pendapatan kasar tolak dengan cukai. Ia berbeza dengan Discretionary Income, dimana ia adalah hasil pendapatan kasar tolak dengan segala perbelanjaan tetap seperti pinjaman bank, insuran, makanan, pengangkutan dan sebagainya.

Ahli ekonomi menggunakan statistik disposable income sebagai pemula untuk menentukan nilai metrik yang lain seperti discretionary income, kadar kemampuan menyimpan.

Daripada statistik discretionary income, kita boleh membuat jangkaan impak terhadap perniagaan yang berasaskan bukan satu keperluan tetapi kemahuan bila tahap gaji pada paras yang selesa (discretionary goods). Terutama sekali pada fasa ekonomi merudum (recession).

Kesemua terma ini ada disentuh dalam kertas cadangan KRI itu. Paling tidak kita faham kenapa kiraan median lebih tepat digunakan dalam bacaan ekonomi. Nantikan ulasan kertas cadangan tersebut dalam masa terdekat.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker