Ad
Ekonomi

Pendapatan dan Pemilikan Ekuiti Orang Melayu Yang Jauh Ketinggalan.

Selepas mendengar ucapan Naib Canselor Universiti Malaya, Prof Datuk Ir. Dr. Abdul Rahim Hashim dalam Kongress Maruah Melayu. Pandangan beliau dalam ucapannya mengenai kuasa politik orang Melayu dalam kerajaan semakin berkurang adalah wajar.

Seterusnya beliau juga menyatakan kebimbangan mengenai hak-hak Bumiputera, Raja-Raja Melayu, Agama Islam dan Bahasa Melayu semakin dipertikaikan hari demi hari juga merupakan pendapat yang wajar dan tidak bersifat ‘perkauman’.

Apa yang beliau ucapkan berlandaskan kontrak sosial yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak sepatutnya dipersoalkan.

Ad

Saya sebagai bekas pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) menyokong dan berbangga dengan Naib Canselor UM kerana menyuarakan pandangan dan kebimbangan beliau dalam satu majlis yang dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia. Pandangan beliau pastinya akan dititik berat oleh Perdana Menteri.

Saya juga terpanggil untuk menambah dan menguatkan lagi fakta yang diucapkan oleh Naib Canselor semasa kongress tersebut. Dalam ucapannya, beliau menekankan mengenai pendapatan dan pemilikan ekuiti orang Melayu yang jauh ketinggalan.

1.Pendapatan

Pendapatan kaum Bumiputera rendah berbanding kaum Cina dan India. Pada tahun 2016, pendapatan median untuk kaum Bumiputera adalah RM 4846. Manakala, kaum Cina dan India masing-masing adalah RM 6582 dan RM 5428. Semenjak tahun 1970, pendapatan setiap kaum Bumiputera tidak pernah melepasi kaum Cina dan India. Jurang pendapatan antara orang Cina dan Bumiputera adalah RM 1736. Manakala, India dan Bumiputera adalah RM 582.

Bacaan berkaitan: Wawasan Kemakmuran Bersama 2030: Bantuan atau Tongkat?

2. Pemilikan Ekuiti  

Peratusan pemilikan ekuiti Bumiputera adalah sebanyak 16%. Berdasarkan Dasar Ekonomi Baru yang diasaskan oleh bekas Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak menyasarkan pemilikan ekuiti sepatutnya mencapai 30% pada tahun 1990. Namun, pemilikan ekuiti Bumiputera belum mencecah 30%. Tetapi, menurun sebanyak 16% berbanding pada tahun 2011 iaitu sebanyak 23%. Manakala, pemilikan ekuiti bukan-Bumiputera pula tidak pernah turun kurang daripada 30%

3. Tajaan ke universiti

Jenis tajaan ke universiti bagi kaum Bumiputera adalah lebih rendah berbanding kaum Cina terutamanya dalam biasiswa. Hanya 12% Bumiputera yang menerima biasiswa berbanding kaum Cina iaitu 14%. Paling merisaukan adalah pinjaman yang dibuat oleh pelajar Bumiputera untuk ke universiti lebih tinggi berbanding kaum yang lain.

Sebanyak 41% pelajar Bumiputera terpaksa membuat pinjaman seperti PTPTN untuk melanjutkan pelajaran ke universiti berbanding pelajar Cina dan India masing-masing iaitu 25% dan 37%.

Manakala, pelajar kaum Cina boleh bergantung kepada ibu-bapa mereka untuk menaja pembelajaran mereka ke universiti. Sebanyak 45% pelajar Cina bergantung kepada ibu bapa berbanding kaum Bumiputera dan India masing-masing iaitu 36% dan 28%.

Kaum Cina tidak mempunyai masalah melanjutkan pelajaran ke universiti kerana ada saudara-mara, ibu bapa dan biasiswa yang mampu menaja mereka melanjutkan pelajar ke universiti.

Bacaan berkaitan: Pengambilan Pekerjaan Antara Kaum Dalam Sektor Kerajaan

4. Bilangan jutawan mengikut kaum

Mengikut majalah Forbes yang mengeluarkan risalah mengenai 50 orang terkaya di Malaysia menunjukkan 37 orang daripadanya adalah orang Cina. Manakala, bilangan jutawan bagi Kaum Melayu dan India adalah sebanyak 8 dan 4 orang. Manakala, satu daripada orang berketurunan Thailand yang berada di Malaysia.

Bilangan jutawan kaum Cina yang ramai dapat memastikan kedudukan kaum tersebut dari segi ekonomi.

Kedudukan ekonomi kaum Melayu dan Bumiputera dari segi pendapatan, pemilikan ekuiti, tajaan ke universiti dan bilangan jutawan adalah lebih rendah berbanding kaum yang lain terutamanya kaum Cina.

Pelajar Universiti Melaya Wong Yan Ke dan wakil 马大新青年 (UMANY) bersikap biadap dalam majlis konvokesyen seharusnya ditentang.

Kesimpulannya, pandangan Naib Canselor Universiti Malaya, Prof. Datuk Ir. Dr. Abdul Rahim Hashim adalah adil berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan data-data ekonomi yang beliau ucapkan sewaktu Kongress Maruah Melayu.

Source
Forbes. (2019). Malaysia’s 50 Richest. Forbes MagazineL.L. Lean., J. Mansor., M.A.R., Abu Rahim., N. Thuraya Sazali., M.K. Mohd Izhar. (2018). The School-to-Work Transition of Young MalaysiaJabatan Perdana Menteri. (2019). Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Unit Perancang Ekonomi. (2019). Pendapatan Isi Rumah Kasar Bulaanan Penengah Mengikut Kumpulan Etnik di Malaysia, 1970-2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Back to top button