Kewangan

Pencarum KWSP Kini Boleh Labur Unit Trust Dengan Caj Jualan Lebih Murah

Tahukah anda, jika anda labur amanah saham atau Unit Trust menggunakan KWSP, anda akan dikenakan caj jualan sebanyak 3% ? Ini bermakna, jika anda laburkan RM10,000 , 3% daripadanya sudah ditolak sebagai caj jualan, termasuk kos pengurusan dan komisyen ejen (jika anda menggunakan ejen).

Sebelum tu, anda kena tahu kenapa KWSP membenarkan pencarumnya untuk laburkan sebahagian duit caruman ke dalam amanah saham. KWSP merupakan antara institusi kewangan yang terbesar dan menguruskan dana sebanyak RM768.51 bilion (setakat 31 Disember 2017) bukanlah sesuatu yang mudah seperti melabur saham di peringkat individu. Dengan pulangan sekitar 6.4 – 6.9 % bagi dana yang besar, ini sudah memuaskan.

Alternatif yang ada untuk tingkatkan lagi pulangan untuk jangka masa yang panjang adalah labur ke amanah saham. Cabarannya pula, tak semua pencarum mahir dalam pemilihan dana yang terbaik untuk dilaburkan. Jadi, penggunaan khidmat ejen sedikit sebanyak dapat bantu untuk buat pelaburan.

Tapi, tak semudah yang disangka. Dengan caj jualan yang dikenakan sebanyak 3%, ibaratnya anda labur sahaja sudah ‘rugi’ 3%. Jadi, pelaburan anda kenalah dapatkan pulangan 10% dan keatas supaya berbaloi pelaburan tersebut. 10% tolak 3% (caj jualan), jadilah 7% (untung bersih).

Jika tidak, baik dibiarkan sahaja dalam KWSP. Tapi, perlu diingatkan, tidak adil untuk kita bandingkan keuntungan amanah saham dengan pelaburan lain secara tahunan. Ini kerana, pelaburan amanah saham adalah jangka masa panjang.

Berbalik kepada berita baik daripada KWSP. Kini, pencarum sudah boleh labur terus ke amanah saham tanpa memerlukan ejen. Anda hanya perlu gunakan self-service i-invest online platform. Kelebihan yang ketara platform ini adalah caj jualan sekitar 0 – 0.5%. Ini sudah pastinya memberikan manfaat yang besar kepada pencarum.

Menurut CEO KWSP Tunku Alizakri Alias, untuk memastikan pencarum membuat keputusan yang betul dalam pemilian dana amanah saham, i-invset dilengkapi dengan alat yang membolehkan pencarum untuk buat perbandingan antara semua dana yang diluluskan. Tambahannya lagi, ini supaya pencarum boleh pilih dana yang sesuai dengan risiko dan matlamat pencarum sendiri.

Lagi sekali, nak jana pulangan sebanyak 10% bukanlah sesuatu yang mudah tapi tak mustahil. Jika anda mahukan tip labur ke amanah saham, nantikan artikel kami seterusnya. Benda boleh jimat, buat apa pergi ke caj jualan 3%.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker