Kewangan

Pelan Kewangan Daripada Surah Yusuf

Islam sememangnya meletakkan kepentingan untuk menjaga dan menguruskan kewangan dengan baik. Islam turut menggalakkan umatnya untuk mencari, mengembangkan dan menggunakan harta dengan bijak dan berhemah.

Hifz Mal (penjagaan harta) adalah salah satu elemen yang digariskan dalam Maqasid Syariah.

Yusuf berkata: “Supaya kamu bertanam tujuh tahun (lamanya) sebagaimana biasa; maka apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan dibulirnya kecuali sedikit untuk kamu makan. Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sulit, yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari (bibit gandum) yang kamu simpan. Kemudian setelah itu akan datang tahun yang padanya manusia diberi hujan (dengan cukup) dan dimasa itu mereka memeras anggur”.

Surah Yusuf (ayat 47-49)

Ayat ini menceritakan tentang tafsiran Nabi Yusuf AS terhadap mimpi Raja Mesir yang menunjukkan kebijaksanaan baginda. Akhirnya baginda dijadikan ahli majlis mesyuarat dan penjaga urusan perbendaharaan negara oleh Raja Mesir.

Apa yang kita sebagai umat Islam boleh belajar daripada ayat ini? Secara umumnya ayat ini menceritakan tentang kitaran pasaran dan ekonomi, ada waktu naik dan ada waktu jatuh.

Selain itu, ayat ini turut memberi pengajaran dalam pengurusan kewangan dan berpesan kepada kita untuk sentiasa berjimat cermat dan menyediakan simpanan, kerana langit itu tidak selalunya cerah, musibah boleh datang tanpa kita duga.

Adalah disarankan kepada kita untuk berjimat dulu untuk tempoh 7 tahun pertama pekerjaan/perniagaan kita. Ini merupakan tempoh kita untuk hidup bersusah dahulu. Fasa ini adalah fasa pengumpulan kekayaan. Pada waktu ini kita hanya mengambil apa yang kita perlu sahaja untuk menampung kehidupan kita. Berbelanja mengikut kehendak bukanlah kemahuan. Dengan ini juga kita mampu mengelakkan berlakunya pembaziran.

Sesungguhnya pembaziran itu adalah saudara kepada syaitan dan syaitan itu sangat ingkar kepada Tuhannya”                                              

Surah Al-Isra’:27

Di samping kita berjimat dan bijak berbelanja, kita juga perlu melabur untuk diri sendiri dengan menambah ilmu pelaburan, pengurusan dan perniagaan.

Kemudian dalam fasa seterusnya, 7 tahun kemudian adalah masa untuk kita mengembangkan lagi pelaburan kita. Sekarang adalah fasa pengembangan aset.

Ketika ini kita sudah boleh menuai sedikit daripada hasil 7 tahun sebelumnya. Tidak salah untuk reward diri dengan pergi melancong atau membeli barang baru, tetapi berpada-padalah.

Selepas melalui kedua-dua fasa barulah kita betul-betul mencapai matlamat kewangan kita. Namun 7 tahun ini hanyalah garis panduan sahaja, mungkin ada yang ambil masa yang lebih lama, ada yang sekejap. Bergantung kepada usaha dan rezeki setiap individu.

Apa yang ditekankan adalah perlunya kita berjimat-cermat dan melabur untuk kesenangan di masa hadapan.

Sumber
Pengurusan Kewangan menurut Perspektif Islam
Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Lain

Close
Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker