Kewangan

Patut Ke Saya Buat Pelaburan ASBF?

Apakah yang dimaksudkan dengan pelaburan ASBF? Betul ke ASBF ini pelaburan? Sebab ada sesetengah pihak yang mengatakan bahawa ASBF ini adalah liabiliti (hutang), mana satu yang betul?

Pertama sekali, kita perlu faham beza ASB dan ASBF? ASB adalah amanah saham (unit trust) di bawah pengurusan Permodalan Nasional Berhad (PNB). Anda boleh simpan dalam ASB mengikut kemampuan, macam simpan dalam Tabung Haji juga la.

ASBF pula adalah pinjaman pelaburan. Secara ringkasnya, kita pinjam duit daripada bank kemudian duit tersebut disimpan di dalam ASB. Kalau masih kurang jelas tentang perbezaan ASB dan ASBF, boleh baca penerangan lanjut di sini: ASB & ASBF, Sama Atau Berbeza ?

ASBF ini hutang atau pelaburan?

Macam yang diterangkan di atas, ASBF adalah pinjaman pelaburan. Contohnya kita ambil ASBF bernilai RM100,000, maka aset kita akan bertambah RM100,000 tapi dalam masa sama liabiliti kita juga bertambah RM100,000.

Nilai aset bersih: RM100,000 (Aset) – RM100,000 (liabiliti) = RM0

Kalau aset kita tidak bertambah kenapa perlu ambil ASBF? Sebab dengan meminjam kita berpontensi meraih dividen yang lebih tinggi. Contohnya kalau kita simpan sendiri RM10,000, lepas setahun dividen (andaian dividen 6%) yang kita dapat adalah RM600.

Kalau kita ambil ASBF RM100,000, maka dividen yang kita dapat adalah RM6,000. Jauh bukan bezanya?

Ada risiko tak melabur ASBF?

Setiap pelaburan pasti ada risikonya, lagi-lagi pelaburan yang melibatkan hutang. Apabila kita berhutang sudah pasti kita perlu membayar semula hutang tersebut kepada bank.

Katakan bayaran bulanan kita RM5,000 setahun dan dividen ASB RM6,000. Maka kita akan dapat untung kasar RM1,000.

Tapi adakah kita boleh jamin bahawa dividen ASB itu kekal sama setiap tahun dan bayaran bulanan pinjaman juga kekal sama?

Kadar keuntungan bank (kadar faedah) dipengaruhi oleh turun naik OPR. Manakala dividen ASB tidak dijamin kekal tinggi selamanya. Bagaimana jika bayaran bulanan pinjaman lebih tinggi daripada dividen ASB?

Perlu atau tidak saya buat ASBF?

Jawapan kepada soalan ini tidak tetap mengikut keadaan kewangan peribadi setiap individu. Sebagai contoh, jika kita mahu membeli rumah dalam masa terdekat (2-3 tahun), adalah lebih baik kita menyimpan secara biasa dalam ASB kerana dibimbangi Debt Service Ratio (DSR) kita akan terganggun dan menyebabkan permohonan pinjaman perumahan kita tidak lulus.

Nasihat yang boleh diberikan adalah melabur ikut kemampuan. Tahu dahulu berapa bayaran bulanan bank yang mampu kita bayar. Kalau kita ada lebih RM500 sahaja misalnya setiap bulan, maka jangan ambil pinjaman ASBF yang mana bayaran bulanannya melebihi RM500, atau lebih baik bawah RM300 sahaja.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Lain

Close
Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker