Trivia

Pasukan Bola Sepak Paling Berharga Di Dunia

Sukan nombor 1 dunia ini adalah sukan yang dilimpahi dengan wang Ringgit kerana sukan ini tanpa gagal menarik jumlah penonton yang besar sehingga ke hari ini. UEFA Champions League berjaya menarik 380 juta penonton daripada seluruh dunia pada tahun lalu, jadi tidak peliklah jika penaja berebut untuk mendapatkan slot dalam sukan ini.

2 bulan lalu, Real Madrid telah menjual hak penajaannya kepada Providence dengan bayaran pendahuluan berjumlah $224 juta bagi tempoh 4 tahun. Sementara itu, pada musim lalu, Barcelona melalui penajaan jersi bersama Rakuten pada $246 juta dan Nike berjumlah $174 juta setiap tahun bagi tempoh 10 tahun. Manakala Adidas menaja Juventus berjumlah $457 juta bagi tempoh 8 tahun.

Selain itu, hak penyiaran juga semakin meningkat terutamanya bagi penyiaran UEFA Champions League. Pada tahun 2017, Turner and Univision membeli hak penyiaran UEFA Champions League di Amerika Syarikat berharga $100 juta setiap tahun.

Dengan peningkatan jumlah penajaan dan hak penyiaran, nilai hadiah kejohanan bola sepak turut meningkat. Dua finalis UEFA Champions League pada tahun lalu, Liverpool dan Tottenham Hotspur berpotensi meraih sekitar $104 juta dan $117 juta.

Sebab ini jugalah gaji pemain dan jurulatih meningkat mendadak kebelakangan ini. Berikut adalah gaji purata tahunan bagi pemain di Liga Perdana Inggeris 2018/2019:

  1. Manchester United: $8.6 juta
  2. Manchester City: $7.89 juta
  3. Chelsea: $6.6 juta
  4. Liverpool: $6.4 juta
  5. Arsenal: $6.39 juta

Pendapatan purata bagi 20 pasukan paling berharga bagi musim 2017/2018 adalah $449 juta. Tapi pasukan bola manakah yang paling berharga?

Selepas berjaya meraih $100 juta dalam kemenangan ketiganya dalam Kejohanan UEFA serta penajaan Adidas berjumlah $1.8 bilion bagi tempoh 12 tahun, kini Real Madrid adalah pasukan paling berharga di dunia dengan nilaian $4.24 bilion. Pesaing paling hampir adalah Barcelona ($4 billon), Manchester United ($3.8 bilion), Bayern Munich ($3 bilion) dan Manchester City ($2.69 bilion).

Namun Real Madrid masih belum mampu mengalahkan kelab sukan paling berharga di dunia iaitu Dallas Cowboys (pasukan American Football) yang bernilai $5.0 bilion.

Berikut adalah senarai kelab sukan paling berharga di dunia:

1. Dallas Cowboys: $5.0 billon

2. New York Yankees: $4.6 bilion

3. Real Madrid: $4.2 bilion

4. Barcelona: $4.0 bilion

5. New York Knicks: $4.0 bilion

Sumber
Turner’s soccer shocker Wins rights to UEFA Champions LeagueAverage annual player salary in the English Premier League in 2018/19, by team (in million U.S. dollars)Real Madrid sell their sponsorship income to investment firmThe World’s Most Valuable Soccer Teams 2019: Real Madrid Is Back On Top, At $4.24 Billion
Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Lain

Close
Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker