Isu Semasa

OPR 3% Sudah Cukup Pacu Ekonomi

KUALA LUMPUR 9 Julai – Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang kekal pada tiga peratus sudah cukup untuk memacu pertumbuhan ekonomi terutama pasaran domestik.

MIDF Research dalam nota kajiannya berkata, pihaknya berpendapat tiada perubahan diperlukan dalam pendirian monetari ketika ini selagi pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melebihi empat peratus dan Indeks Harga Pengguna (IHP) kekal positif.

Katanya, Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) turut memberi isyarat ia akan menurunkan kadar faedah sekurang-kurangnya sekali tahun ini.

“Perdagangan luar Malaysia kian pulih selepas import dan eksport menunjukkan pertumbuhan positif dalam tempoh dua bulan terakhir. Ketegangan perang dagangan antara AS dan China reda seketika selepas ke­dua-dua pihak bersetuju me­nyambung semula rundingan.

“Di peringkat domestik, jualan terus berkembang sederhana, namun aktiviti ekonomi kekal kukuh berikutan kadar pengangguran masih mencerminkan keadaan pekerjaan penuh dan inflasi kekal di paras rendah disebabkan harga runcit minyak yang rendah,” katanya di sini hari ini.

Bacaan berkaitan: Kenapa Bank Pusat Menurunkan Atau Menaikkan Kadar Faedah

Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengekalkan OPR pada tiga peratus dalam Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC).

Tambah firma penyelidikan itu, penurunan OPR yang dibuat pada Mei lalu akan memperbaiki aktiviti penggunaan domestik dan pelaburan pada separuh kedua tahun ini.

Menurutnya, momentum kukuh dalam penggunaan sektor swasta dan perkhidmatan akan mendorong pertumbuhan ekonomi Malaysia ke kedudukan yang lebih baik pada 2019.

“Petunjuk utama seperti indeks utama dan tinjauan kecenderungan perniagaan me­nunjukkan trajektori pertumbuhan yang lebih baik pada separuh kedua. Kami menjangkakan ekonomi akan berkembang pada 4.9 peratus tahun ini,” katanya.

Sementara itu, Pakar Ekonomi OCBC Bank, Alan Lau berkata, inflasi dilihat tidak menjadi halangan kepada keputusan dasar mo­netari dan secara purata ia di­jangka kekal sekitar satu peratus pada 2019.

Sumber: Utusan Online

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker