BeritaEkonomi

Nisbah Keperluan Rizab Berkanun (SRR) Diturunkan

Statutory Reserve Requirement (SRR) atau Nisbah Keperluan Rizab adalah satu instrumen yang digunakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengurus kecairan dalam sistem perbankan.

Hari ini BNM mengumumkan bahawa SRR akan diturunkan daripada 3.50% kepada 3.00% yang berkuat kuasa pada 16 November 2019.

Apa Kesannya Penurunan SRR ?

Semua bank komersial, pelaburan dan islamik dikehendaki untuk letak sejumlah tunai dalam akaun Statutory Reserve Accounts (SRA) dibawah BNM dengan kadar faedah sifar.

Jika SRR turun, maka jumlah perlu disimpan dalam SRA pun kurang. Begitulah sebaliknya.

Apa Kesan Penurunan SRR ?

Kebiasaannya bank akan memperketatkan kelulusan pinjaman kerana dana yang terhad atau bila SRR naik.

Dengan berita penurunan SRR, maka bank ada lebihan dana kerana bahagian untuk disimpan dalam SRA akan berkurang.

Dana inilah yang digunakan untuk memberi pinjaman dan secara tidak langsung dapat meningkatkan kecairan dengan mengalirkan tunai tersebut kepada peminjam disamping memperoleh keuntungan melalui kadar faedah.

Walaubagaimanapun, SRR hanya instrumen untuk mengurus kecairan tunai dan bukan satu penanda aras utama bagi sesuatu polisi kewangan seperti OPR.

Baca : Bagaimana Perubahan OPR Memberi Kesan Pada Poket Rakyat ?

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker