Global

Nilai Ekonomi Bahasa Mandarin

Sejak dua menjak kecoh mengenai isu pengenalan tulisan khat dalam silibus pendidikan sekolah rendah. Pengenalan ini telah mendapat tentangan pelbagai pihak terutamanya daripada persatuan Dong Zong. Pelbagai hujah dan alasan diberikan bagi menentang pengenalan tulisan khat ini.

Seperti biasa, antara hujah yang sering dilontarkan adalah nilai ekonomi (economic values), kononnya China adalah economic powerhouse jadi perlu ada pengenalan ‘bahasa Cina’ di Sekolah Kebangsaan.

Kita bersangka baiklah dia nak kata ‘bahasa Cina’ itu ‘Bahasa Mandarin’ walaupun berlambak sahaja den tengok dalam kalangan bangsa Cina sendiri tidak mahir berbahasa Mandarin berbanding kantonis, lebih-lebih lagi kalau suruh membaca dalam Mandarin.

Apapun berbalik Bahasa Mandarin sebagai bahasa yang ada nilai ekonomi sebab negara China kuasa besar, dan tidak dinafikan bahasa paling ramai orang guna adalah Mandarin.

Ada satu sisi yang kita mungkin dah terlepas pandang.

Dikala ramai dalam kalangan rakyat Malaysia acah nak pandai Mandarin untuk berurusan dengan orang China, orang China sendiri sebaliknya sedang berlumba-lumba ke arah mengantarabangsakan diri mereka.

Kena tahu China sendiri sebagai sebuah negara sedang cuba sedaya upaya untuk mempromosikan internationalism dan membuka ruang komunikasi mereka seluas-luasnya dari sudut perdagangan dan perniagaan.

Sebab mereka sedar untuk menjadi kuasa dunia, mereka perlu mengikuti trend antarabangsa.

Sampailah kerajaan China sendiri telah mengiktiraf Bahasa Inggeris sebagai bahasa untuk kegunaan antarabangsa dan di China dah macam jadi sesuatu kemahiran keperluan untuk rakyat mereka.

Alah kalau sesiapa biasa berurusan menggunakan Alibaba ke, DHGate ke, Banggood ke Taobao ke, WeChat ke dengan pedagang dari China, kadang-kadang kalau perasan Cina China ini punya Bahasa Inggeris lagi bagus tatabahasanya daripada kita di Malaysia yang belajar Bahasa Inggeris daripada darjah 1 hingga tingkatan 5.

Dan macam biasa orang China ni kalau dia buat sesuatu dia akan buat bersungguh-sungguh dan jadi macam obsesi, survival of the fittest itu memang sudah dalam darah mereka, maka berlumba-lumbalah ibu bapa menghantar anak belajar Bahasa Inggeris di sana.

Ditambah pula dengan ekonomi yang makin menguncup sebenarnya di China, maka peluang pekerjaan menjadi semakin kompentitif dan English requirement seolahnya menjadi satu keperluan di sana lebih-lebih lagi apabila melibatkan syarikat-syarikat besar China yang terlibat di arena global.

Maka meletuplah industri English language study, ESL di China, kalau pada tahun 2005, 1/5 daripada buku ESL diseluruh dunia dibeli oleh penduduk China, menjelang 2013 dijangkakan telah ada 300 juta pelajar di China yang belajar bahasa English.

Dan dijangkakan angka ini akan meningkat melebihi bilangan populasi manusia di English speaking countries pada tahun-tahun yang mendatang.

Mana taknya..

Dia punya meletup itu sampai kan wujudnya 50,000 institusi latihan Bahasa Inggeris dengan nilai pasaran sebanyak 500 billion yuan ($72 billion) dan ada 400,000 cikgu yang terdiri daripada warganegara asing mengajar Bahasa Inggeris di China.

Punyalah ramai sampaikan dah jadi masalah kat sana sebab hampir 1/4 daripadanya adalah guru yang tidak berdaftar, muka orang putih je semua nak jadi cikgu Bahasa Inggeris

Jadi hujah kononnya China adalah economic powerhouse maka kena ada pengenalan ‘bahasa Cina’ di Sekolah Kebangsaan ini jujurnya boleh diperdebatkanlah pada pandangan den. 

India pun dia nak kata economic powerhouse, jadi kena belajar Bahasa Tamil di Sekolah.

Okay lah tidak dinafikan India adalah negara dengan ekonomi ke-4 terbesar di dunia dengan GDP $9.4 Trillion di belakang China dengan GDP $24 Trillion.

Tapi betul ke nak berurusan dengan India kena belajar bahasa Tamil?

Rasanya tidak.

Kenapa?

Sebab, kalau nak tahu, berdasarkan taburan penggunaan bahasa di India, Bahasa Tamil hanyalah berada di tangga ke-5 dengan peratusan penggunaan hanya sebanyak 5.91%, dibelakang Marathi 6.99, Telugu 7.19%, Bengali 8.1% dan Hindi 41.03%.

Jadi kalau ikut mantik majoriti penggunaan di India, baik kita belajar Bahasa Hindi di sekolah, pasang cerita Hindustan tiap-tiap hari masa waktu rehat.

Pasang lagu Kuch-Kuch Hota Hai ke? Mohabattein ke sedas dua.

Amacam?

Cumanya kalau kau tak duduk bawah tempurung, ‘Bahasa Perniagaan’ di India ni bukan lah Hindi semata, tapi sebaliknya adalah Bahasa Inggeris, dan macam Malaysia, English diajar di sekolah dari darjah satu sekolah rendah sampailah Universiti. *Malangnya ia datang dengan slang yang tersendiri*

Maka hujah belajar bahasa Tamil untuk pasaran India ini pun adalah tidak berapa relevan.

Bahasa Jawi?

جاوي بوكن بهاس له مڠكوك

Sumber
The importance of English language in China.Battle intensifies for $2bn English-teaching business in ChinaHow the ESL Industry in China is ChangingAction taken over illegally hired foreign English teachersOffice of the Registrar General & Census Commissioner, IndiaBUSINESS CULTURE IN INDIAIndian Business Communication
Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker