Ad
Berita

Nexen Tire Bakal Adakan Upacara Pembukaan untuk Kilang Eropah Baharunya di Republik Czech

SEOUL, Korea┬áSelatan, 5 Ogos 2019 — Nexen Tire, pengeluar tayar global yang terkemuka, bakal mengadakan upacara pembukaan rasmi Kilang Eropahnya di Zatec, Republik Czech. Selaras dengan upacara pembukaan kilang pembuatan baharu ini, Nexen Tire mendorong kemajuannya ke dalam pasaran Eropah.

Bagi meraikan pembukaan kemudahan baharu yang canggih ini, Petr Ocko, Timbalan Menteri Industri dan Perdagangan Republik Czech, Travis Kang, Ketua Pegawai Eksekutif Global dan Byung-Joong Kang, Pengerusi Nexen Tire akan mengunjungi Zatec untuk menghadiri upacara berkenaan pada 28 Ogos. Menerusi slogan ‘Gelombang Baharu untuk Masa Depan’, upacara pembukaan tersebut akan menandakan peringkat seterusnya era global Nexen Tire dan meraikan pengukuhan perkongsian perniagaan Czech-Korea.

Terletak di dalam Zon Perindustrian Strategik Segitiga di Zatec, kilang Nexen Tire Eropah berkeluasan 650,000 meter persegi. Syarikat ini melabur kira-kira satu billion dolar terhadap kemudahan berkenaan, mewujudkan pusat pembuatan bersepadu secara teknologi yang dapat mengaplikasikan teknologi-teknologi canggih pusat-pusat R&D globalnya serta merta. Kilang tersebut telahpun beroperasi sejak akhir April 2019 dan telah meraikan penghantaran pihak pertama tayar.

Ad

Nexen Tire kini telah memuktamadkan empat jaringan R&D dan pengeluaran global utamanya: THE NEXEN univerCITY, Institut Penyelidikan Pusat di Seoul, Korea; Pusat R&D Eropah; Pusat R&D Amerika Utara dan kilang Eropah di Zatec. Kapasiti pengeluaran bagi kilang Eropah ialah 3 juta pada tahun 2019 dan dijangka meningkat kepada 11 juta menjelang tahun 2022. Melalui peluasan kapasiti pengeluarannya, Nexen Tire merancang untuk mengukuhkan kehadiran globalnya, menonjolkan lagi syarikatnya dalam pasaran Eropah.

Travis Kang, Ketua Pegawai Eksekutif Global Nexen Tire, berkata, “Dengan pembukaan Kilang Eropah berkenaan, Nexen Tire merancang untuk membangunkan, mengeluarkan dan mengedarkan produk-produk yang disesuaikan untuk pasaran Eropah,” menambah “Dengan penyempurnaan empat institusi global kami, Nexen Tire akan membawakan produk yang sesuai untuk pelanggan global kami, khususnya di Eropah.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Back to top button