Global

Negara-Negara Asia Tenggara Menghantar Sampah Ke Negera-Negara Kaya

Negara-negera di Asia tenggara sudah mula menghantar semula longgokan sampah ke negara asal mereka. Negara seperti Indonesia dan Kemboja telah melaksanakan langkah ini dengan diikuti oleh negara seperti Malaysia dan Filipina.

Tindakan ini bermula selepas China yang merupakan pengimport besar sampah telah berhenti daripada menerima apa-apa sampah pada tahun lepas. Negara di Asia Tenggara menolak daripada menjadi tempat perbuangan sampah kepada negara-negara maju.

Indonesia akan menghantar 8 kontena sampah yang diperbuat daripada kertas kepada Australia semula selepas mencampurkan dengan sisa-sisa elektronik dan bahan yang berbahaya, kata pegawai di Pelabuhan Tanjung Perak di Timur Jawa. Pegawai daripada Pelabuhan Batam juga memberitahu bahawa mereka akan menghantar 49 kontena yang dipenuhi dengan sisa sampah ke Amerika Syarikat, Perancis dan Jerman.

Tindakan ini bermula apabila masyarakat awam menyuarakan kebimbangan mengenai alam sekitar yang berpotensi dan risiko kesihatan. Pada June, Jakarta telah menghantar 5 buah kontena yang berlabelkan ‘sisa kertas’ kepada A.S. Di dalam kontena ini termasuk juga sisa seperti plastik, getah dan lampin.

Indonesia, Sri Lanka, China akan menghantar semula sisa-sisa sampah kepada negara-negara asal mereka. Dalam masa yang sama, Malaysia dan Filipina akan melakukan tindakan yang sama.

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte memberitahu bahawa negera-negara yang sedang membangun terpaksa menanggung kesan perubahan iklim yang berpunca daripada pembangunan ekonomi daripada negara-negara kaya.

Malaysia dan Thailand merancang untuk mengurangkan import daripada sisa-sisa plastik. Manakala, Vietnam pula sedang mempertimbangkan sekatan penghantaran sisa-sisa sampah.

Sumber
Southeast Asia sends back heaps of trash to rich countries
Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker