Umum

Negara Kecil Ini Mampu Hasilkan Kereta Elektrik Berkelajuan Tinggi

Dengan populasi berjumlah 4.1juta sahaja dan negara yang tersergam indah dengan kecantikan alam ini, negara Croatia tidak asing lagi menjadi sebutan orang ramai. Selain itu, ia juga popular dengan sejarah dimana merupakan tempat kelahiran Nikola Tesla, seorang jurutera elektrik yang menemukan sistem arus elektrik AC.

Selepas perang Civil pada tahun 1990, ekonomi Croatia bertambah baik, lagi-lagi selepas jatuhnya sistem ekonomi sosialis dan beralih ke pasaran ekonomi terbuka. Penyumbang terbesar kemapanan GDP negara ini adalah sektor perkhidmatan. Dari segi eksport pula, negara ini memainkan peranan yang besar dalam pembuatan kapal yang menyumbang kepada 10% GDP. Seterusnya diikuti dengan pemprosesan makanan dan kejuruteraan kimia.

Manakala sektor agrikultur pula menyumbang dalam GDP sebanyak 5%. Kelebihan alam semula jadi menjadikan negara ini tempat daya tarikan pelancong luar negara, lebih-lebih lagi semasa musim panas.

Dari segi import pula sangat minimal. Dengan limitasi dari segi sumber dan populasi, ada cerita menarik terdapat dalam negara ini.

Mate Rimac, yang lahir pada 1988 di Livno telah mengasaskan sebuah syarikat automobil tempatan pada tahun 2009. Baca seterusnya untuk tahu kisah tentang beliau.

Semangat untuk mereka dan mencipta pada diri beliau telah terselah bilamana beliau menghasilkan projek graduasi sekolahnya iaitu iGlove.

iGLove mungkin tidak gah pada hari ini yang rata-rata teknologi sudah berunsurkan touchscreen, tetapi ia sesuatu yang hebat pada masa kewujudannya. Dengan alatan ini, penggunan tidak lagi perlu menggunakan tetikus dan papan kunci secara berasingan. Mereka boleh menggunakan komputer dengan hanya menggunakan sarung tangan ini yang terdapat sensor padanya.

Dengan ciptaan ini, beliau telah dianugerahi pelbagai pengikitirafan sama ada tempatan mahupun antarabangsa.

Beli BMW E30

Hasil daripada penciptaannya itu, beliau gunakan duit yang diperoleh untuk beli kereta pertamanya pada seawal usia 18 tahun iaitu BMW E30 323i. Beliau menggunakan kereta ini untuk sertai pelbagai perlumbaan atas trek. Namun, pada suatu ketika enjin keretanya meletup.

Inilah bibit awal penglibatan beliau dalam industri automobil yang bermula sebagai hobi sahaja. Tidak terhenti disitu, beliau nampak ada satu peluang untuk gabungkan minat beliau dalam kejuruteraan dan kereta.

Dengan hanya menggunakan garaj orang tuanya dan peralatan kereta yang dibeli melalui internet, akhirnya beliau berjaya menggantikan enjin yang berasaskan gasolin kepada elektrik yang menghasilkan 593 kuasa kuda.

Biasalah, penciptaan awal pasti akan menemui kegagalan beberapa kali seperti enjin terhenti tiba-tiba. Berkali-kali ubah suai dilakukan sehinggakan alat asal kereta tersebut digantikan dengan alat yang beliau buat sendiri demi menepati spesifikasi sebuah enjin elektrik.

Akhirnya, pada tahun 2010, beliau telah memenangi perlumbaan yang disertai oleh 300 buah kereta berunsurkan gasolin sekaligus mencatat masa terpantas.

Pada tahun 2012 pula, BMW E30 versinya itu telah memecah rekod dunia kereta elektrik terpantas dengan menghasilkan kepantasan selama 11 saat untuk suku batu / 0.4 kilometer. Ketika itulah keretanya mula menarik perhatian orang ramai dan digelar sebagai Green Monster.

Green Monster mampu menghasilkan 600 kuasa kuda dan mencapai kelajuan tertinggi iaitu 280 kph (173 mph). Kereta asal BMW itu telah mengalami 5 kali fasa pengubahsuaian untuk mencapai tahap kereta yang laju dan ringan sehinggakan hanya sedikit sahaja bahagian asal kereta tersebut yang masih digunakan. Menyedari hal itu, beliau memutuskan untuk menghasilkan kereta sport elektrik ciptaannya yang tersendiri.

Rimac Automobil

Pada awalnya, ramai yang menasihatkan agar tidak teruskan idea gilanya itu. Sebelum rimac, ramai lagi yang telah mencuba nasib dalam industri ini namun gagal. Ada juga yang berjaya seperti Horacio Pagani. Negara yang industri keretanya sangat terhad, hampir mustahil untuk merealisasikan idea tersebut.

Namun, Rimac percaya bahawa tenaga elektrik mempunyai potensi yang sangat besar dalam industri automotif.

2014

Kejayaan Rimac diteruskan apabila model kereta pertamanya, Concept One menjadi kereta rasmi pengarah FIA Formula E. Seterusnya, berjaya mendapatkan dana pelaburan daripada tiga pelabur luar negara. Selain itu, teknologinya juga diaplikasikan pada kerusi roda yang memberi kemudahan pada penggunanya.

2015

Rimac berkembang kepada 100 orang pekerja

Panjang lagi kisah naik turun syarikat ini untuk diceritakan hingga hari ini. Tapi itu bukan tujuan penulis untuk diketengahkan. Apa yang hendak ditekankan disini, penulis melihat inilah peluang bagi rakyat Malaysia khususnya yang mempunyai bakat dalam ubahsuai untuk bawa kemahiran ini diperingkat antarabangsa.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Lain

Close
Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker