Umum

Najib Sudah Turun – Kenapa Ringgit Tidak Naik?

Soalan ini mungkin bermain di fikiran. Jawapan paling pendek barangkali bebanan kerajaan lama. Dengan keengganan kerajaan untuk menjelaskan bebanan tersebut secara terperinci, hanya satu kesimpulan sahaja boleh dibuat. Tetapi sungguh, Najib Razak sudah setahun turun tetapi Ringgit masih pada paras AS$1 = RM4+. Malah terdapat juga unsur-unsur jelas bahawa rizab negara dibakar untuk menampung nilai Ringgit. Jadi kenapa ringgit tidak mengukuh?

Nilai matawang sebenarnya ditentukan berdasarkan permintaannya. Lebih banyak Ringgit diminta, maka lebih kuatlah nilainya. Dengan erti kata lain, nilai Ringgit sebenarnya berasaskan seberapa banyak mana sebuah negara perlu bayar untuknya. Maka Amerika Syarikat dalam situasi semasa perlu membayar 24 sen untuk seringgit.

Untuk memahami kenapa Ringgit tidak pulih ke paras AS$1 = RM3+, perlulah ditelusuri terlebih dahulu apa yang menyebabkan matawang negara turun sekitar 2014-2015.

Pada 3 Disember 2014, Ringgit mula menunjukkan masalah apabila menyusut ke paras paling lemah sejak 2010 iaitu 3.4455.  Tiga bulan kemudian, Ringgit sudahpun 3.7105. Dan pada 6 Julai 2015, Ringgit telah menyusut ke paras paling lemah sejak 1999 iaitu 3.81. Dan Ringgit menyentuh 4.0025 sebulan kemudian.

Perkara ini sebenarnya berpunca daripada faktor luaran. Boleh dikatakan tempoh 2014/15 tidak langsung mesra untuk Malaysia. Bermula dengan kejatuhan harga bahan api global yang meruncing sekitar tempoh ini. Dalam hal ini, semua pengeluar minyak dari Rusia ke Dunia Arab terasa bahangnya oleh kerana bahan api global susut ke paras 38% daripada harga asal. Pada masa yang sama, Amerika Syarikat turut menaikkan kadar faedah bagi matawangnya. Dan China pula turunkan kadar matawangnya sekaligus mengukuhkan dolar Amerika Syarikat.

Dengan tiga perkara ini berlaku dalam tempoh 18 bulan, Ringgit tidak berpeluang untuk bersiap-siaga. Bukan mudah untuk mempelbagaikan ekonomi. Pengeksportan Malaysia masih mengharapkan sumber alam seperti petroliam bertapis (RM70+B), gas petroliam (RM40+B) and minyak sawit (RM40+B). Hampir lima tahun berlalu, harga bahan api global naik-turun dibawah paras diperlukan untuk memaniskan semula wajah Ringgit di mata dunia. Maka konklusinya, Najib Razak turun sekalipun seharusnya dikekalkan perjalanan untuk mempelbagaikan lagi ekonomi supaya tidak lagi mengharapkan sumber alam.

Sumber
Ringgit At 3.7105 Against the US DollarRinggit Falls Below 4 Per US Dollar For First Time Since 1998, Weakens Further Against Singapore DollarRinggit Falls To Five-Year Low As Oil Slump Cuts Revenue Outlook
Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Lain

Close
Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker