Umum

Mujahid Yang Hebat – Lain Diharap, Lain Dibuat

Macam mana pemimpin Pakatan Harapan hidup setiap hari dengan ‘nonsense’ yang keluar dari mulut sendiri macam ni? Berapa tebal kulit dan berapa nipis maruah sebenarnya?

  1. Tabung Haji ialah alat kempen kalian, bukanMacam mana boleh kata Tabung Haji ni isu politik murahan? Apa isu penjualan 76% pemilikan ladang sawit Tabung Haji ni tak cukup “mahal” ke? Apa isu tanda tanya mengenai subsidi haji tak cukup “mewah” ke untuk dibincangkan sehingga ia dilabel sebagai “murahan”?
  2. Menteri Agama kata baik bincang pasal dasar-dasar progresif negara. Masalahnya Tabung Haji punya dasar pun korang regresif kan, ada hati nak ajak bincang dasar “progresif” negara?

Tabung Haji dibina Ungku Aziz dulu kerana orang Melayu pergi haji secara menjual tanah dan rumah. Ditubuhnya Tabung Haji ialah suatu cara Ungku Aziz bagitau orang Melayu tak payah jual aset-aset. 

Sebaliknya hanya perlu simpan dalam Tabung Haji yang akan diurus dengan begitu AMANAH melalui pelaburan. Dengan simpanan serta keuntungan pelaburan, Tabung Haji siap uruskan semua untuk hantar pergi haji.

Lepas beberapa tahun Tabung Haji makin lama makin maju dan menjadi salah satu institusi kewangan dan pelaburan yang patuh syariah yang hebat. Selain dari hantar umat Islam ke haji, Tabung Haji mampu memainkan peranan aktif dalam memajukan negara dengan infrastruktur.

Bila Pakatan Harapan ambil alih peranan Tabung Haji diregresifkan kepada sekadar tabungan semata-mata. Kemudian dah mula pukul-canang pasal jangan harap subsidi untuk pergi haji. Dengan semua ini, masih ada hati suruh fokus dasar-dasar progresif negara?

Orang tanya pasal Tabung Haji kepada Menteri yang bertanggungjawab ke atas Tabung Haji. Si Menteri pula bagi penerangan pasal makna nama dia.

Hebat.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker