Berita

MRCB Peroleh Kontrak Membekal Air Dingin Selama 25 Tahun

bernilai RM150 juta

KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) — Anak syarikat Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB), KD District Cooling System Sdn Bhd (KDDCS), meraih kontrak selama 25 tahun bernilai RM149.54 juta untuk membekalkan air dingin kepada Kwasa Utama Sdn Bhd (KUSB).

Di bawah Perjanjian Bekalan Air Dingin (CWSA), yang diberikan oleh KUSB, anak syarikat milik penuh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, KDDCS akan melaksanakan pembekalan air dingin kepada bangunan pejabat di Kwasa Damansara, Shah Alam.

“Anggaran jumlah pembayaran sebanyak RM149.54 juta dikira selepas mengambil kira cadangan semakan tarif, yang turut mengandaikan senario kenaikan tarif Tenaga Nasional Bhd (TNB) yang dikenakan kepada KDDCS, sepanjang tempoh itu.

“Andaian kenaikan tarif TNB berdasarkan sejarah kenaikan tarif TNB dalam tempoh 10 tahun lalu dengan purata kenaikan sebanyak 6.75 peratus setiap tiga tahun,” menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Katanya CWSA akan menempatkan KDDCS secara strategik untuk menarik pelanggan lain di kawasan pembangunan Kwasa Damansara bagi penyediaan air dingin.

“CWSA dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan MRCB Group pada masa akan datang,” katanya.

Tags
Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker