Info NiagaKorporat

Moody’s Turun Penarafan Petronas, PM Tidak Bimbang

Moody’s Investors Service telah menurunkan penarafan penerbit domestik dan mata wang asing senior tidak bercagar Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) daripada A1 kepada A2.

Mengapakah penarafan ini diturunkan?

Menurut Naib Presiden Kanan Moody’s, Vikas Halan hal ini kerana Petronas mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan Malaysia. Malaysia mendapat penarafan A3 sedangkan Petronas A1, 2 mata lebih tinggi.

“Hubungan syarikat dengan negara (Malaysia) mewujudkan potensi campur tangan kerajaan yang mungkin mempunyai kesan negatif terhadap profil perniagaan atau aliran tunai syarikat,” katanya.

Oleh kerana kebimbangan campur tangan kerajaan dalam Petronas, maka penarafannya telah diturunkan. Pada November lalu, kerajaan mengumumkan bahawa Petronas akan membayar RM26 bilion bagi 2018 dan RM54 bilion pada 2019, Moody’s telah mengubah tinjaunnya daripada stabil kepada negatif.

Walau bagaimanapun, penarafan Petronas masih boleh dikekalkan satu tangga lebih tinggi oleh kerana metrik kredit syarikat itu yang kukuh, pergantungan rendah terhadap ekonomi domestik (70 peratus hasil yang dijana melalui eksport dan seberang laut) dan akses yang lebih baik ke pasaran modal antarabangsa.

Namun Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir tidak menganggap perkara ini sesuatu yang perlu dirisaukan. Beliau dalam kenyataannnya yakin bahawa penurunan penarafan ini tidak akan menjejaskan perniagaan Petronas, malah beliau turut menyatakan penilaian dibuat oleh agensi penarafan itu tidak semestinya betul.

“Itu adalah Moody’ punya penilaian, tidak semestinya mereka betul, kadang-kadang mereka juga buat penilaian yang tidak betul.

“Jadi kita tidak boleh tegur mereka keranamereka bebas. Dari segi apa yang kita lihat terhadap apa yang PETRONAS sedang buat ketika ini, saya yakin penurunan taraf ini tidak akan menjejaskan perkembangan perniagaan mereka,” katanya.

Berikut merupakan sejarah penarafan Petronas daripada tahun 2010 sehingga kini.

20 Jul 2010: Penarafan A1 dikekalkan prospek dinaikkan dari negatif ke stabil.

22 Jun 2012: 16 Mei 2013: Penarafan A1 dikekalkan, prospek dikekalkan stabil.

16 Mei 2013: Penarafan A1 dikekalkan , prospek dikekalkan stabil.

16 Dis 2015: Penarafan A1 dikekalkan , prospek dikekalkan stabil walaupun harga minyak dunia pada masa itu jatuh 80% ke bawah US$30 satu tong.

17 Mac 2016: Penarafan A1 dikekalkan , prospek dikekalkan stabil.

30 Ogos 2017: Penarafan A1 dikekalkan , prospek dikekalkan stabil.

28 Mar 2018: Penarafan A1 dikekalkan , prospek dikekalkan stabil.

20 Ogos 2018: Penarafan A1 dikekalkan , prospek dikekalkan stabil.

08 Nov 2018: Penarafan A1 dikekalkan , prospek diturunkan dari stabil ke negatif.

21 Jun 2019: Penarafan diturunkan ke A2.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker