Fakulti Ekonomi

Monopoli & Oligopoli

Persaingan merupakan elemen yang penting dalam pasaran. Dengan suasana persaingan yang sihat harga barangan dan servis mampu dikawal supaya ianya tidak terlalu mahal bagi pengguna dan tidak merugikan pihak peniaga.

Sebagai contoh, semenjak U Mobile memasuki pasaran jalur lebar di Malaysia pada tahun 2010, harga servis jalur lebar telah turun mendadak. U Mobile telah membawa evolusi baru dalam perkhidmatan jalur lebar kerana tawaran rangkaian terpantas pada harga terendah bagi pelan telefon pintar dan jalur lebar

Sebelum ini, servis jalur lebar dianggap sebagai satu bentuk kemewahan oleh kerana harganya yang premium. Di sini kita dapat lihat dengan kewujudan persaingan, harga barang atau servis akan lebih kompetitif.

Apakah dia persaingan yang sempurna?

Menurut ahli ekonomi, persaingan yang sempurna dicirikan sebagai kehadiran pembeli dan penjual yang tinggi dalam pasaran serta adanya pelbagai pilihan kepada pengguna. Dalam situasi ini, harga ditentukan oleh bekalan dan permintaan (supply and demand).

Bacaan berkaitan: Adakah Semua Monopoli Itu Tidak Baik?

Contoh paling mudah yang boleh kita lihat dalam kehidupan seharian kita adalah pasaraya. Sebagai pengguna, apa yang mereka pentingkan adalah harga barangan yang murah. Jika pasaraya Giant menaikkan harga telur misalnya, pengguna masih ada pilihan untuk membeli di pasaraya lain seperti Tesco dan Aeon yang mana harga telurnya lebih murah.

Oleh sebab strategi menaikkan harga ini, Giant telah kehilangan bahagian pasaran (market share) kepada pesaingnya yang menawarkan harga yang lebih murah.

Apa itu monopoli?

Monopoli adalah struktur pasaran di mana hanya ada satu pengeluar sahaja bagi sesuatu produk. Perkara ini boleh terjadi kerana perniagaan tersebut memerlukan modal permulaan yang tinggi, faktor politik, campur tangan kerajaan atau ianya industri yang baru diterokai.

Selain itu, dalam sistem monopoli, pengeluar bebas untuk menentukan harga kerana pengguna tidak mempunyai pilihan lain. Di Malaysia, jika anda ingin menonton perlawanan Bola Sepak Inggeris (BPL) anda perlu melanggan Astro ataupun menonton di kedai-kedai mamak.

Walaupun Astro telah menaikkan harga siarannya beberapa kali, peminat bola sepak tetap meneruskan langganan mereka kerana Astro adalah satu-satu syarikat yang menyiarkan perlawanan tersebut.

Walau bagaimana pun, monopoli mendatangkan kesan yang positif kepada pengguna. Cuba anda lihat Tenaga Nasional Berhad (TNB), ianya merupakan satu bentuk perniagaan monopoli yang dikawal oleh kerajaan bertujuan untuk mengawal harga elektrik. Dalam kes ini, kerajaan telah  menyelaraskan tarif elektrik TNB supaya ianya tidak membebankan rakyat.

Apa itu Oligopoli?

Jika monopoli dikuasai oleh satu pengeluar sahaja, oligopoli pula dikuasai oleh beberapa pengeluar dalam pasaran. Mereka mengeluarkan produk yang hampir sama dan saling berganti antara satu sama lain.

Dalam pasaran oligopoli jarang berlaku “perang harga”, kebiasaanya mereka lebih fokus kepada kelebihan produk mereka dan manfaat diperolehi jika menjadi pelanggan mereka. Antara contoh sistem oligopoli adalah industri minyak petrol, rokok dan kenderaan. Industri minyak petrol contohnya mengenakan harga yang sama bagi setiap syarikat petrol, apa yang membezakan mereka adalah ganjaran, points dan kemudahan yang disediakan.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker