Ad
Cetusan
Trending

Money Does Not Leave The Planet

Tiada siapa yang menjangka pandemik ini berlarutan

  1. Kesan pandemik memang sangat terasa. Terutamanya mereka yang bekerja disyarikat kecil dan berniaga kecil-kecilan.
  2. Satu laporan yang dipetik dari Business Insider memetik kajian yang dijalankan oleh International Labour Organization (ILO) yang mengatakan pekerja kehilangan pendapatan sebanyak $3.7 Trillion.
  3. Golongan paling terkesan adalah Gen-Z yang baru nak masuk alam pekerjaan dan golongan wanita.
  4. Dalam satu laporan lain yang juga saya petik dari Business Insider mendapati laporan daripada OXFAM mengatakan kekayaan 10 Billionaire terkaya dunia pula meningkat $3.9 Trillion.
  5. Jelas pandemik Covid-19 tidak menyebabkan kekayaan dunia berkurangan, sebaliknya yang miskin bertambah miskin, manakala yang kaya bertambah kaya.
  6. Bagi si miskin, sesetengah daripada mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana segalanya tidak dijangka. Manakala bagi si kaya, mereka ada duit yang banyak. Mereka boleh pivot atau wujudkan perniagaan baru.
  7. Keadaan kita semua tak sama. Tiada siapa yang menjangka pandemik ini berlarutan sehingga bertahun lamanya. Ada yang siap sedia dengan simpanan 6 bulan telah habis digunakan. Ada yang baru nak meniaga tahun 2020, habis segalanya dah digadaikan. Ada yang baru dapat offer letter terus hilang pekerjaan.
  8. Sekiranya kita ada rezeki lebih, apalah kiranya kita bantu mereka yang terkesan.
  9. Semoga gelombang ini akan berakhir dan ia berakhir dengan kemenangan. Dan kita dapat kembali merapatkan jurang kekayaan.

Via
Business InsiderBusiness Insider
Source
Johan Irwan Kamarozaman
Back to top button