BeritaEkonomi

Minyak Sawit – Malaysia Punya Kelebihan Yang Kuat

Pada 14 November, telah berlaku satu majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Bohai Commodity Exchange (BOCE) Malaysia/ASEAN dengan Hakan Agro DMCC dan BOCE Global.

Ini pastinya memberikan berita baik bagi negara Malaysia susulan tekanan boikot yang diberikan oleh badan perdagangan India berpengaruh yang menggesa ahli-ahlinya terhadap minyak sawit Malaysia.

Memetik daripada artikel Berita Harian,

MoU itu berkaitan penembusan permintaan tambahan pasaran sebanyak 2.5 juta tan minyak kelapa sawit dari Malaysia ke India dan China.

Menerusi MoU berkenaan, Hakan Agro DMCC, sebuah syarikat yang menguruskan rantaian bekalan utama komoditi di Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang mempunyai rangkaian perniagaan luas di India, memberi komitmen untuk membeli lebih sejuta tan minyak kelapa sawit untuk pasaran India.

BOCE Global dari China pula sudah memohon kuota sejumlah 1.5 juta tan minyak kelapa sawit bagi pasaran China untuk tahun depan.

Walaupun tekanan yang diberikan pada awalnya menyebabkan kegusaran ramai pihak, namun Malaysia tetap mempunyai ‘bargaining power’ yang kuat untuk dinafikan.

Malaysia dan Indonesia merupakan pengeluar minyak sawit paling dominan iaitu sebanyak 87 peratus berbanding jumlah pengeluar diperingkat global. Indonesia mampu menghasilkan 33 juta tan setahun, manakala Malaysia pula 19.5 juta tan. Seterusnya diikuti oleh Thailand, Colombia dan Nigeria.

Dalam sistem pasaran terbuka, dengan adanya duopoly pengeluar minyak sawit, sebenarnya ia memberi manfaat kepada pengimport. Ini kerana, pengimport bebas untuk pilih pengeluar yang menawarkan harga yang lebih berpatutan.

Berbanding jika dimonopoli oleh satu negara sahaja, dalam hal ini jika Malaysia diboikot, Indonesia terpaksa meningkatkan pengeluaran minyak sawit. Perlu diingatkan bahawa Indonesia sekarang ini sedang menjalankan program B20 Biodisel bagi meningkatkan penggunaan minyak sawit diperingkat domestik. Pada Januari 2020, Indonesia mensasarkan untuk tingkatkan program kepada B30, seterusnya B50 pada 2021. Jika beginilah senarionya, kemungkinan jumlah eksport akan dilimitkan, dan sebarang peningkatan mungkin akan naikkan kos juga.

Langkah ini juga akan dipraktikkan di Malaysia dimana kita akan melaksanakan program B20 biodiesel. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan penggunaan minyak sawit diperingkat domestik sebanyak 500,000 tan setahun.

Oleh itu, langkah boikot Malaysia sebagai pengeluar minyak sawit tidak memberi manfaat pada pengimport. Dengan negara pengeluar yang terhad dan permintaan yang tinggi diperingkat global, ditambah lagi peningkatan populasi rakyat, sudah pasti ini akan meningkatkan lagi permintaan.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker