Ad
Ekonomi

Mengukur Tahap Kesenangan Penduduk. KNDK Per Kapita atau Human Development Index (HDI)

Terdapat dua penunjuk yang digunakan untuk mengukur kekayaan dan kesenangan untuk penduduk di sesuatu negara. Pertama KDNK perkapita dan keduanya adalah ‘Human Development Index’ (HDI).

Untuk memahami kekayaan dan kemajuan sesuatu negara, kita perlulah memahami maksud Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Ini kerana, KDNK merupakan penanda ekonomi yang digunakan di seluruh dunia untuk mengukur kemajuaan dan kekayaan sesuatu negara.

KDNK adalah pecahan kepada penggunaan, pelaburan, perbelanjaan kerajaan dan eksport bersih sesuatu negara. Segala perbelanjaan yang berlaku di dalam sesuatu negara sama ada dibelanjakan oleh rakyat negara itu sendiri dan rakyat luar. Kita gunakan Malaysia sebagai contoh. KDNK negara Malaysia sentiasa meningkat kecuali pada tahun 1986, 1998 dan 2008. Ini kerana, berlakunya kelembapan ekonomi serantau pada tahun tersebut. Seperti yang kita boleh lihat dalam rajah di bawah. KDNK sudah mencapai RM 1.3 trillion pada tahun 2018.

Ad

Seterusnya, untuk mengukur kesenangan rakyat dalam seseuatu negara. Kita perlukan KDNK per kapita yang merupakan penunjuk ekonomi untuk mengukur kesenangan rakyat. Untuk mendapatkan nilai KDNK per kapita. Nilai KDNK sesuatu negara perlu dibahagikan dengan jumlah penduduk di sesuatu negara. Kita gunakan Malaysia sebagai contoh.

Untuk tahun 2017, KDNK per kapita rakyat Malaysia adalah sebanyak US$ 9,944.90 atau RM 39,779.60 (US$ 1.00 = RM 4.00). Untuk tahun tersebut, anggaran pendapatan rakyat Malaysia adalah sebanyak RM 39,779.60 setahun untuk setiap orang. Seperti dalam graf yang ditunjukkan, ada penurunan pada tahun 1986, 1998, 2008 dan 2015.

            Pada tahun 1986, berlaku kelembapan ekonomi dunia dan paling dikenali sebagai peristiwa ‘The Black Monday’. Pada tahun 1998 pula, berlakunya ‘Asian Financial Ciris’. Seterusnya pada tahun 2008, berlaku pula ‘Global Financial Crisis’. Paling terbaru, harga minyak jatuh dengan mendadak pada tahun 2015.

            Apabila berlakunya kelembapan ekonomi, pasti akan menjejaskan pendapatan negara dan rakyat. Reaksi kerajaan amatlah penting untuk memastikan perkembangan ekonomi sesebuah negara terus rancak.

Penunjuk aras kedua pula adalah Human Development Index (HDI). Penunjuk ini dicipta oleh United Nation Development Programs (UNDP). Dalam laporan ‘Human Development Report 1996’ menyatakan HDI bukan sahaja digunakan untuk mengukur perkembangan ekonomi rakyat di sesebuah negara. Dalam masa yang sama, penunjuk ini juga digunakan untuk mengukur sosio-ekonomi juga.

            Penunjuk ekonomi ini mengariskan beberapa parameter seperti kesihatan, pendidikan dan pendapatan rakyat menggunakan GNI per kapita. Untuk kesihatan, HDI mengariskan purata jangka hayat untuk mengukur kesihatan rakyat di sesebuah negara. Secara logiknya, semakin tinggi jangka hayat seseorang manusia, semakin sihat badan.

            Kedua, HDI menggunakan pendidikan dengan meletakkan 2 parameter iaitu purata bersekolah dan jangkaan bersekolah. Sama seperti penyataan untuk kesihatan, semakin lama rakyat di sesebuah negara mendapat fasiliti pembelajaran, semakin bagus kehidupan rakyat dalam memperolehi kebaikan dalam sistem pendidikan di negara tersebut.

            Terakhir sekali, mereka menggunakan Pendapatan Negara Kasar (PNK) atau dalam Bahasa Inggerisnya iaitu, Gross National Income (GNI). PNK mempunyai aspek yang sama seperti KDNK. Tetapi skop PNK lebih luas iaitu melibatkan semua pembelian yang melibatkan rakyat sesebuah negara di dalam negara tersebut dan luar negara. Dengan mengunakan aspek yang sama, PNK dibahagikan dengan jumlah rakyat untuk mendapatkan PNK per kapita.

Untuk HDI Malaysia pada tahun 2017, Malaysia terletak di tangga ke-57 dengan skor indeknya 0.802. Secara puratanya, jangkaan rakyat Malaysia hidup selama 75.5 tahun. Dengan jangkaan hidup lelaki dan perempuan adalah 73.3 tahun dan 77.9 tahun masing-masing. Seterusnya, jangkaan rakyat Malaysia bersekolah adalah 13.7 tahun. Dengan perempuan dan lelaki adalah 14.1 tahun dan 13.3 tahun masing. Untuk GNI per kapita pula, rakyat Malaysia secara puratanya memperolehi US$ 9,650.00 pada tahun 2017.

            Dengan menggunakan kesihatan, pendidikan dan pendapatan purata rakyat. HDI mengambarkan kesenangan rakyat di sesebuah negara. HDI digunakan untuk menambahbaik penunjuk yang biasa digunakan iaitu KDNK per kapita. Kerana, jika terdapat sesebuah negara yang mempunyai KDNK yang sama tetapi jumlah penduduk yang berbeza. Jumlah KDNK per kapita tidak akan sama untuk kedua-dua buah negara ini. Apabila sesebuah negara mempunyai penduduk yang ramai, nilai KDNK per kapita akan lebih rendah berbanding dengan negara yang mempunyai jumlah penduduk yang sedikit.

            Namun, KDNK per kapita masih digunakan untuk mengukur kesenangan rakyat di sesebuah negara. Ini kerana, HDI masih belum mendapat perhatian oleh ahli-ahli ekonomi dalam mengukur kesenangan rakyat. Akan tetapi, kedua-dua penunjuk ekonomi ini masih relevan digunapakai dalam mengukur ekonomi bagi sesebuah negara. Mungkin akan datang, ia akan berubah.

Source
Ku ‘Azam Tuan Lonik. (2015). 50 Years of Growth and Development of Malaysian Economy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Back to top button