Ekonomi

Mengakhiri 2019, Ke Mana Hala Tuju Ekonomi Malaysia

Dah nak masuk bulan Disember. Apa khabar ekonomi Malaysia? Okay ke tidak?

Untuk rekod, pertumbuhan KDNK Malaysia menurun daripada 4.9% dalam suku kedua (Apr-Jun), kepada 4.4% dalam suku ketiga (Jul-Sep). Tapi Menteri Kewangan cakap kerajaan masih mengekalkan sasaran GDP growth untuk tahun 2019 pada kadar 4.7%.

Kenapa suku ketiga haritu kadar pertumbuhan KDNK Malaysia menurun?

Sebab, boleh kata semua komponen mencatatkan penurunan seperti. mining, construction, services, manufacuturing, agriculture, domestic demand, private expenditure, public spending, public investment, sampailah ke export dan import.

Dan dengan faktor-faktor luaran seperti perang dagang US-China yang masih tak nampak jalan penyelesaian, ekonomi global yang semakin perlahan, ketidaktentuan geopolitik (protes di Hong Kong, Brexit etc), semua ni akan menambahkan lagi risiko kepada ekonomi Malaysia.

Kalau masih ingat, bulan Mei haritu Bank Negara turunkan Overnight Policy Rate (OPR) sebanyak 25 mata asas, kepada 3.00%. Perasan tak ansuran hutang rumah dah turun sikit lepas tu? Ke tak perasan? Main bayar je tiap-tiap bulan?

Selain turunkan OPR, Bank Negara juga turut menurunkan Statutory Reserve Requirement (SRR) awal bulan haritu. Yang SRR ni turun 50 mata asas, daripada 3.50% ke 3.00%.

Apa impak turunkan 50bps SRR ni?

Lebih kurang RM7.5 billion akan ‘dilepaskan’ ke dalam sistem perbankan. Maksudnya, bank akan ada duit lebih untuk dipinjamkan kepada kita. Baguslah kalau macam tu, kan? Senang kita nak buat loan baru.

Cumanya…

Yang berlaku sekarang ni bukan masalah bank tak cukup duit untuk dipinjamkan. Tak nampak pun major signs of liquidity distress.

Permintaan untuk hutang pula yang semakin menurun. Sebab itulah pertumbuhan hutang jadi lemah.

Dan permintaan lemah ni pula, ada lah beberapa sebab. Antaranya, sebab sentimen pengguna yang lemah. Sentimen di kalangan kita sendiri yang macam ‘berhati-hati’, tak berani nak berbelanja lebih-lebih sangat. Nak ambil hutang baru pun kena fikir panjang, takut-takut nanti tak mampu nak bayar semula.

Perniagaan pun macam tu juga. Tidak ada keperluan untuk buat hutang baru, sama ada untuk pelaburan baru atau pun untuk pengembangan.

Sebenarnya OPR dan SRR cut ni boleh dikira sebagai salah satu stimulus jugalah untuk ekonomi.

Potong 25bps OPR = RM4.1bn ‘penjimatan’ untuk kita sebab ansuran hutang turut turun sama. Jadi kita ada lebihan wang untuk dibelanjakan (menjana aktiviti ekonomi).

Potong 50bps SRR pulak = RM7.5bn kecairan untuk diberi pinjam oleh bank (untuk pelbagai aktiviti yang menjana ekonomi).

Tahun depan kita jangkakan Bank Negara akan turunkan lagi OPR sebanyak 25bps. Mungkin seawal suku pertama. Kalau pertumbuhan KDNK kita terus menurun, ada kemungkinan Bank Negara akan terpaksa potong OPR lebih rendah lagi.

Harap-harap, tak perlulah. Sebab itu tanda ekonomi kita semakin merosot.

Apapun, sama-samalah kita tunggu.

Selanjutnya...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker