Umum

Membetulkan Pendustaan Nga Kor Ming Tentang MAPS

Bagi pengguna Lebuhraya Utara-Selatan, semestinya permandangan gambar dibawah tidak mungkin lekang daripada minda. 

Description: Macintosh HD:Users:angelos:Desktop:Screen Shot 2020-01-29 at 7.40.57 AM.png

Google Map Street View

Asal lalu di Kilometer 267-269 saja mesti akan tertanya-tanya. Apa benda ni? Untuk pengetahuan, inilah Movie Animation Park Studios (MAPS) yang agak menarik juga di Bandar Meru Raya, Ipoh. Malang sekali Taman Tema MAPS ini yang dibangunkan dengan kos RM520 juta telah ditutup mulai 28 Januari 2020 sehingga suatu tarikh yang bakal diumumkan (Malaysia Kini, 2020).

Dan seperti biasa, apa-apa yang tidak berjalan lancar saja kerajaan Harapan akan salahkan Barisan Nasional. Kali ini giliran Nga Kor Ming pula untuk menghamburkan pendustaannya.

Description: Macintosh HD:Users:angelos:Desktop:Screen Shot 2020-01-29 at 7.35.40 AM.png

Akibat kegagalan pentadbiran kerajaan BN dulu

Pada 16 April 2016, MAPS telah timbul di dada akhbar selepas Perak Corp (PCB) diumumkan sebagai pemilik berkongsinya (The Star Online, 2016). Dengan saham 51% yang dipersetujui seminggu sebelumnya, PCB sah menjadi pemegang dominan. Dan MAPS pun dibuka pada Jun 2017 dengan kebanjiran lebih daripada 7,000 pengunjung (Chan, 2017). Dengan tiket pada harga RM131, hari pertama sahaja MAPS sudah mendapat hampir sejuta. 

Namun 7,000 ini hanyalah angka kecil. Sasaran sebenar MAPS ialah sejuta pengunjung setahun, selepas membuat promosi besar-besaran di China, India, Indonesia, Nepal dan Singapura. Matematiknya, kos RM520 juta boleh dikutip semula dalam tempoh 10 tahun jika dibelanjakan untuk penyelenggaraan semasa (5-6 tahun tanpa belanja).

Pada 12 Mei 2018, Perak mendapat kerajaan negeri baharu dibawah Ahmad Faizal Azumu. Sebulan kemudian PCB bertindak untuk membatalkan lesen Dreamworks Animation sebagai langkah untuk mengurangkan tambang tiket (New Straits Times, 2018). Ahmad Faizal sendiri mengatakan “pembatalan ini ialah langkah yang baik”. 

Lima bulan kemudian, PCB sedar bahawa MAPS tidak menjana keuntungan. Maka mereka batalkan kolaborasi bersama Only World Group . Pada masa ini Nga Kor Ming mengatakan bahawa kerajaan negeri tidak sepatutnya terlibat melainkan hanya memberikan tanah sahaja (Tan, 2018). Namun PCB kemudian telah menjadi pemegang saham terbesar iaitu RM248 juta (51% tadi).

Nga Kor Ming juga menyeru supaya kerajaan menjual MAPS kepada pelaburan swasta (Manjit, 2018).

Dengan erti kata lain, kerajaan negeri gagal menarik pengunjung. Dan mereka masih belum serah kalah, kerana pada awal 2019 Ahmad Faizal Azumu membuat langkah paling dahsyat. Beliau mengumumkan kemasukan MAPS percuma bermula 1 Mac (Bunyan, 2019). Model perniagaan ini menurut Ahmad Faizal membenarkan kemasukan MAPS tidak perlu dibayar – sebaliknya pengguna hanya perlu bayar untuk naik “rides dan attraction” sahaja, itupun ada yang serendah RM3 dengan kupon.

Pada masa ini kedua-dua pihak – BN dan PH – boleh dipersalahkan, kerana laporan audit timbul bahawasanya kos sebenar pembinaan MAPS ialah RM607 juta (Manjit, 2019). Salah BN sebab melebihi bajet. Salah PH pula lebih besar sebab sudah tahu harganya dahsyat, tetapi buka MAPS percuma pula.

Sebulan kemudian, Ahmad Faizal mengatakan bahawa MAPS takkan ditutup untuk mengekalkan pekerjaan anak-anak Perak (New Straits Times, 2019). Kenyataan ini diulang sekali lagi pada 10 Disember (Ili, 2019) yang mana MAPS sudahpun bermasalah keuntungan (unprofitability). Dan akhirnya lebih sebulan kemudian, Ahmad Faizal membuat pusingan-U lalu menutup MAPS.

Secara kronologinya:

PCB membatalkan perlesenan bersama Dreamworks, dengan matlamat untuk mengurangkan harga.

PCB sudah tidak lagi mengurus dengan Only World Group.

PCB membenarkan kemasukan percuma (hanya bayar jika ingin guna).

PCB menutup MAPS.

Dan Nga Kor Ming salahkan Barisan Nasional. Mereka tidak pandai tarik pengunjung atas pelbagai faktor. Bila gagal, guna helah basi. 

Sumber

Bunyan, J. (2019, February 19). Perak MB: Free entry to MAPS theme park effective March 1. Malay Mail. Retrieved from https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/02/19/perak-mb-free-entry-to-maps-theme-park-effective-march-1/1724652

Chan, L.L. (2017, June 27). Animation park draws the crowd. The Star Online. Retrieved from https://www.thestar.com.my/news/nation/2017/06/27/animation-park-draws-the-crowd-awestruck-visitors-find-new-attraction-in-ipoh-a-delightful-experienc

Ili, A. (2019, December 10). Perak MB: No plans to close MAPS despite receivership for operator. The Star Online. Retrieved from https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/12/10/perak-mb-no-plans-to-close-maps-despite-receivership-for-operator

Malaysia Kini. (2020, January 28). Taman tema Maps tutup berkuatkuasa hari ini. Malaysia Kini. Retrieved from https://m.malaysiakini.com/news/508647

Manjit, K. (2019, March 23). Special audit reveals Perak’s MAPS themse park cost RM607 mil to build, not RM390 mil. The Star Online. Retrieved from https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/03/23/special-audit-reveals-peraks-maps-theme-park-cost-rm607mil-to-build-not-rm390mil

Manjit, K. (2018, December 3). Perak govt should sell MAPS theme park to private investors to cut losses, says Nga. The Star Online. Retrieved from https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/12/03/perak-govt-should-sell-maps-theme-park-to-private-investors-to-cut-losses-says-nga/

New Straits Times. (2018, August 10). Termination of MAPS licensing agreement with DreamWorks Animation the right move. New Straits Times. Retrieved from https://www.nst.com.my/news/nation/2018/08/400080/termination-maps-licensing-agreement-dreamworks-animation-right-move

New Straits Times. (2019, April 21). Perak gov’t will not close MAPS, says MB. New Straits Times. Retrieved from https://www.nst.com.my/news/nation/2019/04/481574/perak-govt-will-not-close-maps-says-mb

Tan, X.Y.. (2018, October 25). Perak Corp and Only World Group scrap collaboration in struggling theme park. The Edge Markets. Retrieved from https://www.theedgemarkets.com/article/perak-corp-and-only-world-group-scrap-collaboration-struggling-theme-park

The Star Online. (2016, April 16). Perak Corp gains control of MAPS. The Star Online. Retrieved from https://www.thestar.com.my/metro/community/2016/04/16/perak-corp-gains-control-of-maps

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker