Ekonomi

Memahami ‘frictional unemployment’ dan ‘cyclical unemployment’

Terdapat beberapa fakta ekonomi yang diputarbelit oleh ahli politik muda terutamanya berkenaan dengan kadar pengangguran. Maka kita perlu faham apa itu pengangguran.

Kadar penggangguran tak dikira dengan nilai tapi dalam peratus. Bila ditukarkan kepada jumlah sebenar, nilai ini akan jadi besar dan menakutkan. Padahal, bila digunakan dalam bentuk peratus iaitu 3.4%, sebenarnya kadar penggangguran ini sangat rendah.

Dalam sesebuah negara, tak mungkin untuk dapatkan 0% kadar penggangguran tapi sekurang – kurangnya rendahkan peratus kadar penggangguran. Sebab nak bagi rakyat bergerak untuk mencari kerja. Mungkin mereka telah tamat kontrak dan sedang mencari pekerjaan yang lain.

Kadar penggangguran sebenarnya ada banyak jenis.

Jumlah 500 000 orang yang mengganggur dalam data Jabatan Perangkaan Malaysia bukan disebabkan kemerostan ekonomi. Jadi, apa nilai 500 000 orang yang menganggur ni ?

Frictional unemployment

Orang yang berhenti bekerja dan pasti akan bekerja semula dengan syarikat yang lain sebagai contoh mereka ingin mengikuti isteri, pulang ke kampung halaman, mendapat tawaran pekerajaan yang lebih baik atau banyak lagi. Selagi mereka akan bekerja semula dalam masa terdekat ataupun pelajar yang sudah tamat pelajaran dan sedang mencari pekerjaan tergolong dalam ‘frictional unemployment’.

Kadar penggangguran di Malaysia bukan disebabkan ‘cyclical unemployment’.

Cyclical unemployment

Kadar penggangguran disebabkan kemelesatan ekonomi. Selalunya, bila GDP negara menguncup selepas 2 suku atau 6 bulan. Cyclical unemployment akan berlaku disebabkan pekerja dibuang oleh syarikat atas faktor ekonomi yang tak menentu.

Okun’s Law antara teori ekonomi yang menerangkan kaitan antara kadar penggangguran dan perkembangan GDP. Bila GDP naik 2%, kadar penggangguran akan turun 1%.

Kesimpulannya, frictional unemployment tidak memberi penunjuk bahawa sesuatu negara sedang mengalami penguncupan ekonomi berbanding cyclical unemployment.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker