KewanganTeknologi

Matawang Kripto Pertama Di Malaysia

Industri FinTech terus melebarkan sayapnya di Malaysia apabila baru-baru ini, Suruhanjaya Sekuriti ( Securities Commission, SC ) telah meluluskan dua lagi syarikat robo-advisers iaitu Raiz dan Robo Wealth serta tukaran matawang kripto yang pertama di negara ini, Luno.

Sebelum ini, sudah ada bebrapa syarikat robo-adviser yang telah mendapat kelulusan SC seperti StashAway dan MyTHEO. Yang paling terbaru adalah Wahed, robo-adviser pertama yang menepati piawaian syariah.

Dalam konferen SCxSC Fintech 2019 yang baru-baru ni diadakan di MidValley, Pengarah Urusan SC, Datuk Syed Zaid Albar mengumumkan bahawa kedua-dua syarikat tersebut akan beroperasi sepenuhnya pada awal tahun 2020.

Apakah Itu Robo-Advisor ?

Sebelum itu, anda kena faham apa itu Robo-Advisor ?

Lihat pada namanya sahaja kita sudah boleh faham ia berkenaan apa. Secara mudahnya, ia adalah satu aplikasi yang menggunakan algoritma untuk merancang kewangan dan menguruskan pelaburan kepada pengguna dengan penglibatan manusia yang sangat minima.

Seperti mana kita tahu, bila berurusan dengan manusia, sudah pasti ia akan melibatkan emosi. Namun tidak bagi robo-advisor.

Cuba bayangkan anda berjumpa dengan perancang kewangan yang akan merangka pelan pengurusan kewangan yang sesuai dengan anda dan matlamat anda. Hasil yang sama juga bakal anda peroleh dengan menggunakan aplikasi ini.

Bila Perkara Ini Diperkenalkan ?

Sebenarnya SC telah pun menyediakan satu rangka untuk mengawalselia khidmat pengurusan pelaburan berasaskan digital dan robo-advisor sejak 2017 lagi. Manakala rangka untuk tukaran matawang kripto (Digital Asset Exchange , DAX) pula pada awal tahun ini.

Tiga operator DAX telah berdaftar pada Jun tahun ini iaitu Luno Malaysia Sdn Bhd, Sinegy Technologies (M) Sdn Bhd dan Tokenize Technology (M) Sdn Bhd .

Daripada ketiga-tiga operator ini, hanya Luno yang mendapat kelulusan penuh untuk beroperasi di Malaysia. Syarikat ini yang bertapak di London telah menerima surat kelulusan pada 14 Oktober baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan, pengurus am Asia Luno, David Low berkata,

“This is a significant achievement and shows the importance of digital assets today and the long-term value of cryptocurrency. We want to help educate Malaysians on how to safely buy, sell and store bitcoin and ethereum, using an exchange approved and regulated by the SC, ”

Sumber : The Star

Kenapa Robo-Advisor Mula Dapat Sambutan ?

Selain kepintaran robot yang tidak beremosi, algoritma ini juga menawarkan bayaran dan jumlah permulaan pelaburan yang sangat rendah. Inilah faktor utama yang menarik minat pengguna.

Caj bayaran yang dikenakan ole StashAway contohnya adalah 0.2% – 0.8%. MyTHEO pula 0.5% – 1%. Manakala Wahed mengenakan caj 0.79% bagi pelaburan bermula RM100-RM499,000 dan 0.39% untuk pelaburan lebih RM500,000.

Dalam Malaysia, penggunaan khidmat ini telah menunjukkan kenaikan penggunaan, terutama dikalangan milenium.

Dalam era globalisasi yang bergerak laju, memang kita tidak nafikan kecanggihan perkembangan industri kewangan ini. Namun kita perlu ambil langkah berjaga-jaga supaya tidak termasuk dalam penipuan yang semakin merisaukan.

Baca : Tak Sangka Crypto Malware Ini Disebarkan Melalui Fail Audio

Selain itu, yang menjadi tanda tanya, bagaimana pula peluang pekerjaan dalam industri kewangan yang sikit demi sedikit digantikan dengan robot atau artificial intelligence (AI) ni? Renung-renungkan.

Baca : 5 Pekerjaan Kewangan Yang Terjejas Disebabkan FinTech

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker