Teknologi

Masalah Rantaian Bekalan Dan Bagaimana Blockchain Boleh Memberi Nafas Baharu

Mutakhir ini kita mengalamai satu lagi masalah sosial dimana aktiviti pulau-memulau produk dan servis orang lain berleluasa. Terutama dalam pemilikan dan penggunaan produk berasaskan sumber yang halal dan berkualiti.

Justeru saya membuat coretan ikhlas dari hati dan juga keyboard laptop Toshiba (second hand) berkenaan dengan bagaimana kita boleh jadi pandai, dan jujur dalam memastikan apa yang berlaku disekeliling kita mungkin ada diantaranya boleh diperbaiki dengan menerapkan unsur teknologi yang lebih baik dari sedia ada.

๐—ฆ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—ด๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ถ๐—ฎ๐—ป๐˜†๐—ฎ ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ถ ๐—š๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—ฅ๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป (๐—ฆ๐˜‚๐—ฝ๐—ฝ๐—น๐˜† ๐—–๐—ต๐—ฎ๐—ถ๐—ป ๐——๐—ถ๐˜€๐—ฟ๐˜‚๐—ฝ๐˜๐—ถ๐—ผ๐—ป)

Oleh kerana rangkaian digital yang semakin matang dan rangkaian rantaian bekalan menjadi semakin global, telah menjadi satu kebiasaan bagi kita untuk membeli dari syarikat dan orang yang belum tentu boleh dipercayai (bukanlah maksud saya penipu, tetapi masih samar maklumat mengenai peniaga).

Disini adalah beberapa poin utama yang saya akan tekankan bagaimana Blockchain boleh membantu peniaga dalam bidang FMCG (Fast Moving Consumer Good) dan sektor pertanian:

1. ๐——๐—ฎ๐˜๐—ฎ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—•๐—ผ๐—ฒ๐—ต ๐——๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฝ๐—ธ๐—ฎ๐—ป (๐—ฅ๐—ฒ๐—น๐—ถ๐—ฎ๐—ฏ๐—น๐—ฒ ๐——๐—ฎ๐˜๐—ฎ)
Blockchain adalah agak sukar untuk diubah (atau tidak boleh diubah). Hal ini dimungkinkan melalui fungsi hash kriptografi yang membuatnya tamper proof. Oleh kerana blok yang diberikan mengandugi hash daripada blok sebelumnya, mengubah satu blok secara praktikal bermakna mengubah keseluruhan Blockchain. Kita perlu menguasai keseluruhan rangkaian untuk menulis semula segala rekodnya, dan ia sebenarnya menjadi amat tidak praktikal untuk dilakukan (tidakboleh dilakukan).

2. ๐—ž๐—ผ๐—ป๐˜๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ ๐—ฃ๐—ถ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ฟ (๐—ฆ๐—บ๐—ฎ๐—ฟ๐˜ ๐—–๐—ผ๐—ป๐˜๐—ฟ๐—ฎ๐—ฐ๐˜)
Ianya adalah kontrak digital dalam bentuk kod dan logik pra-tertulis yang boleh dilaksanakan dengan sendiri apabila keadaan asas dipenuhi. Sebagai fungsi yang jelas dari Blockchain, Kontrak Pintar mengalihkan kesesakan yang berkaitan dalam rantaian bekalan tradisional dengan menghapuskan jumlah kertas kerja yang terlibat dan mengautomasikan tugas-tugas yang berlebihan, seperti menerima bayaran selepas penghantaran atau mencetuskan pengurusan pertikaian (triggering dispute management) dalam kes bukan penghantaran.

3. ๐—œ๐—ป๐˜๐—ฒ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—œ๐—ผ๐—ง
Integrasi dengan IoT membolehkan data yang berstruktur dikumpulkan melalui sensor, yang kemudiannya boleh disimpan bersama dengan aset yang dikesan (tracked) dalam Blockchain untuk meningkatkan penguatkuasaan dan ketelusan kontrak. Walaupun IoT menjadi cabang data dari pelbagai peringkat rantaian bekalan, Blockchain memberikan jaminan desentralisasi dan kesukaran kebolehubahan (immutability) untuk data ini.

4. ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ฎ๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—Ÿ๐—ฒ๐—ฏ๐—ถ๐—ต ๐—ฏ๐—ฎ๐—ถ๐—ธ
Menggabungkan data dari sensor dan penglibatan pengguna terhadap aset yang dikesan dalam Blockchain membolehkan pengeluar memantau dengan teliti kualiti pengeluaran, terutamanya semasa penyumberan luar kepada pengilang yang baru dan meningkatkan keterlihatan/ketelusan di setiap bahagian, termasuk pembekal, sumber strategik, perolehan, kualiti pembekal, penyumberan luar , dan banyak lagi.ย Jalan audit yang benar-benar terdesentralisasi dan dalam masa nyata bagi semua urus niaga menjadikan ianya satu penyelesaian yang ideal untuk kecekapan yang maksimum.

๐—ž๐—ฒ๐—น๐—ฒ๐—ฏ๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—ฏ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฐ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—Ÿ๐—ฒ๐—ฏ๐—ถ๐—ต ๐—•๐—ฎ๐—ถ๐—ธย 
Jadi, bagaimanakah kebolehkesanan dan kecekapan operasi yang lebih baik terdapat dalam ekosistem Blockchain berfungsi?

๐—ž๐—ฒ๐˜‚๐—ฝ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐˜‚๐—ปt๐˜‚๐—ธ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ถ ๐—ฝ๐˜‚๐—ป๐—ฐ๐—ฎ / ๐—ฟ๐—ฒ๐—ธ๐—ผ๐—ฑ ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—น ๐˜€๐—ฒ๐˜€๐˜‚๐—ฎ๐˜๐˜‚ ๐—ธ๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ๐—ป:
Entiti dalam setiap rangkaian Blockchain tahu titik asal setiap aset yang terlibat, termasuk sejarah pemilikan (ownership) yang lengkap. Bagi industri perkilangan dan FMCG (Fast Moving Consumer Goods), ini diterjemahkan kepada ketelusan dan kepercayaan dalam pengesanan aset dan resolusi mudah pertikaian. Berikut saya kongsikan kaedah aliran akhir ke akhir (end to end flow) boleh dilihat seperti berikut:

a) ๐—ง๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐˜€๐—ฎ๐—ธ๐˜€๐—ถ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ:
Dengan keupayaan untuk menggunakan cryptocurrency di seluruh rangkaian Blockchain, pengeluar boleh mengurangkan kos orang tengah dengan menghubungkan terus dengan pihak yang berkepentingan di peringkat akhir dan mempercepat proses pembayaran.

b) ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฐ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ:ย 
Dengan Blockchain, jenama dapat menyedari peningkatan kepercayaan dan peluang pemasaran yang lebih baik di kalangan pengguna.

Macam mana pula tu?ย 
Ianya adalah kerana terdapat beberapa pihak yang bersaing mengambil bahagian dalam proses konsensus, dengan menghapuskan keperluan untuk pihak ketiga untuk mengesahkan kualiti transaksi.ย  Oleh itu, pengguna akan lebih cenderung untuk mempercayai lebih banyak produk yang disediakan melalui rantaian bekalan yang pantau dalam elemen Blockchain.

berikut saya kongsikan satu contoh aliran secara end-to-end yang ada dalam rangkaian Blockchain:

1. ๐˜œ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ณ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ค๐˜ช๐˜ฑ๐˜ต๐˜ข ๐˜ต๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ด๐˜ข๐˜ฌ๐˜ด๐˜ช (๐˜ฅ๐˜ช๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜จ๐˜ช๐˜ญ ๐˜‰๐˜ญ๐˜ฐ๐˜ค๐˜ฌ)
2. ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ข๐˜ฏ ๐˜‰๐˜ญ๐˜ฐ๐˜ค๐˜ฌ ๐˜ช๐˜ต๐˜ถ ๐˜ฅ๐˜ช ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ญ๐˜ถ๐˜ฎ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ (๐˜ฃ๐˜ณ๐˜ฐ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ค๐˜ข๐˜ด๐˜ต) ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ช๐˜ข๐˜ฏ
3. ๐˜•๐˜ฐ๐˜ฅ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ต๐˜ช๐˜ข๐˜ฑ ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ช๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฆ๐˜ด๐˜ข๐˜ฉ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฃ๐˜ญ๐˜ฐ๐˜ฌ ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ณ๐˜ถ
4. ๐˜‰๐˜ญ๐˜ฐ๐˜ค๐˜ฌ ๐˜ช๐˜ต๐˜ถ ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ต๐˜ข๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ช๐˜ข๐˜ฏ (๐˜ค๐˜ฉ๐˜ข๐˜ช๐˜ฏ)
5. ๐˜™๐˜ฆ๐˜ฌ๐˜ฐ๐˜ฅ ๐˜ต๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ด๐˜ข๐˜ฌ๐˜ด๐˜ช ๐˜ช๐˜ต๐˜ถ ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ฎ๐˜ข๐˜ด๐˜ถ๐˜ฌ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ซ๐˜ฆ๐˜ณ (๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ฅ๐˜จ๐˜ฆ๐˜ณ)

Dengan melihat secara terperinci setiap nod yang terlibat, anda akan mula memahami tentang aliran produk yang lengkap melalui rangkaian bekalan yang diaktifkan oleh Blockchain. Dan ianya boleh diakses oleh semua peserta rangkaian.

Boleh lihat carta aliran secara end-to-end dalam gambar rajah yang saya kongsikan.

Konsep adaptasi Blockchain ini sangat sesuai dalam semua jenis operasi perniagaan terutama yang melibatkan Rantaian Pembekalan (Supply Chain).

Bagi industri halal sebagai contoh, ianya sangat sempurna dalam memastikan kita sebagai pengguna tahu dan faham akan status produk yang dibeli.

Untuk lebih mudah difahami, berikut saya senaraikan bagaimana Blockchain ini boleh membantu.

1. ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ง๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚๐—ต/๐—ฃ๐—ฒ๐˜€๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ถ๐—ฏ๐—ฎ๐˜: ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด

๐™Ž๐™š๐™—๐™š๐™ก๐™ช๐™ข ๐˜ฝ๐™ก๐™ค๐™˜๐™ ๐™˜๐™๐™–๐™ž๐™ฃ:
– Kawalan yang terhad ke atas kualiti bahan daripada pembekal
– Proses isu yang remeh dalam memberi kontrak pembekalan pada vendor baru
– Halangan kepercayaan untuk pembekal baru dan peralatan perkilangan
– Isu memetrai kontrak dengan rakan pembekal.

๐™Ž๐™š๐™ก๐™š๐™ฅ๐™–๐™จ ๐˜ฝ๐™ก๐™ค๐™˜๐™ ๐™˜๐™๐™–๐™ž๐™ฃ:
– Lejar yang tidak boleh diubahsuai dan boleh diedarkan (Distributed Immutable Ledger) yang dikuasakan bersama Kontrak Pintar (Smart Kontrak) boleh membantu untuk memastikan penghasilan produk mengikut terma kontrak yang dipersetujui.

– Integrasi bersama peranti IoT membolehkan pengilang boleh mempercayai dan menguruskan pemain baru dalam pasaran secara data pada masa-nyata. Dan pada masa sama meningkatkan jaminan kualiti pada pelanggan

2. ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ง๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚๐—ต/๐—ฃ๐—ฒ๐˜€๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ถ๐—ฏ๐—ฎ๐˜: ๐—Ÿ๐—ผ๐—ท๐—ถ๐˜€๐˜๐—ถ๐—ธ

๐™Ž๐™š๐™—๐™š๐™ก๐™ช๐™ข ๐˜ฝ๐™ก๐™ค๐™˜๐™ ๐™˜๐™๐™–๐™ž๐™ฃ:
– Manipulasi masa dan keadaan penghantaran kerana lejer yang berpusat (centralize ledger) dimana segala dokumentasi adalah daripada satu sumber sahaja.
– Ingkar akan kontrak (Contract dispute) terutama apabila melibatkan barang yang rosak apabila dihantar.

๐™Ž๐™š๐™ก๐™š๐™ฅ๐™–๐™จ ๐˜ฝ๐™ก๐™ค๐™˜๐™ ๐™˜๐™๐™–๐™ž๐™ฃ:
– Sistem informasi yang bersifat kesukaran kebolehubahan dan tdiak berpusat (immutable and decentralized).
– Integrasi sensor data IoT dengan aset Blockchain membolehkan proses verifikasi secara automatik dengan adanya Kontrak Pintar

3. ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ง๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚๐—ต/๐—ฃ๐—ฒ๐˜€๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ถ๐—ฏ๐—ฎ๐˜: ๐—ฅ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—น / ๐—ฉ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ผ๐—ฟ

๐™Ž๐™š๐™—๐™š๐™ก๐™ช๐™ข ๐˜ฝ๐™ก๐™ค๐™˜๐™ ๐™˜๐™๐™–๐™ž๐™ฃ:
– Ketelusan maklumat yang kabur, terutama melibatkan rekod asal sesuatu aset (melibatkan keadaan dan rekod)
– Tidak efisen dan tidak menepati kontrak

๐™Ž๐™š๐™ก๐™š๐™ฅ๐™–๐™จ ๐˜ฝ๐™ก๐™ค๐™˜๐™ ๐™˜๐™๐™–๐™ž๐™ฃ:
– Ketelusan jelas secara end-to-end dalam rangkaian pembekalan bersama dengan rekod kondisi aset pada setiap keadaan.
– Kontrak Pintar mengautomasikan proses pengesahan transaksi

4. ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ง๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚๐—ต/๐—ฃ๐—ฒ๐˜€๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ถ๐—ฏ๐—ฎ๐˜: ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ

๐™Ž๐™š๐™—๐™š๐™ก๐™ช๐™ข ๐˜ฝ๐™ก๐™ค๐™˜๐™ ๐™˜๐™๐™–๐™ž๐™ฃ:
– Tidak boleh membuat pengesahan data berkaitan dengan pengawalseliaan (compliance), komposisi dan pengesahan barang.
– Tiada pilihan selain daripada mempercayai entiti tersebut dengan keyakinan yang tinggi.

๐™Ž๐™š๐™ก๐™š๐™ฅ๐™–๐™จ ๐˜ฝ๐™ก๐™ค๐™˜๐™ ๐™˜๐™๐™–๐™ž๐™ฃ:
– Maklumat lengkap mengenai pengesahan, lojistik, dan rekod keadaan barang tersebut.
– Rangkaian maklumat yang tidak berpusat dan maklumat rekod yang telus boleh meningkatkan kepercayaan dikalangan pengguna.

Apa pula pandangan anda mengenai adaptasi Blockchain dalam rantain pembekalan yang berlaku pada hari ini?

Kongsikan bersama.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker