Info NiagaIsu Semasa

MAS Syarikat Penerbangan Paling Menepati Masa Di Malaysia

Salah satu daripada kayu pengukur prestasi sesebuah syarikat penerbangan adalah ketepatan masa penerbangan. Setiap penerbangan yang tiba atau berlepas dalam masa 15 minit daripada masa yang dijadualkan dikategorikan sebagai On-Time.

Badan yang mengumpulkan data berkaitan penerbangan di seluruh dunia adalah OAG. Data dikumpulkan setiap bulan dalam usaha menyediakan data On-Time Performance (OTP) bagi setiap penerbangan.

Dua tahun kebelakangan ini, OTP bagi Malaysia Airlines (MAS), Air Asia (AA) dan Air Asia X telah meningkat secara berperingkat pada kadar 4.7%, 2.5% dan 1.1%. Manakala OTP bagi Firefly dan Malindo pula menurun dalam tempoh dua tahun.

Walaupun MAS dilanda pelbagai masalah seperti margin keuntungan yang rendah, perbelanjaan yang tinggi serta persaingan daripada penerbangan kos rendah, tetapi MAS berjaya mendapat tempat pertama dari sudut ketepatan masa pada kadar 83.1%.

Kelewatan penerbangan bukanlah perkara yang luar biasa dalam industri. Tahun lalu, dianggarkan 3.9 juta penerbangan bersamaan 10,700 sehari penerbangan tertangguh atau dibatalkan di serata dunia. Hal ini memberi kesan kepada lebih daripada 470 juta penumpang.

Kelewatan dan penangguhan penerbangan berpunca daripada pelbagai sebab seperti isu-isu teknikal, cuaca buruk, isu keselamatan dan kesesakan lalu lintas.

Demi menjaga kepentingan pengguna, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia telah menjelaskan hak-hak pengguna jika berlakunya penangguhan penerbangan. Bagi kelewatan lebih 2 jam, pengguna boleh memohon pampasan dalam bentuk makanan dan internet, perkhidmatan hotel dan pengangkutan bagi kelewatan lebih 5 jam dan bayaran balik bagi pembatalan penerbangan.

Seperti kes kelewatan penerbangan Menteri Pertahanan yang diwar-warkan semalam, MAS dalam kenyataannya telah menyatakan kelewatan penerbangan tersebut adalah kerana MAS mahu memastikan kapal terbang tersebut selamat untuk berlepas yang mana isu keselamatan menjadi keutamaan mereka.

Sebagai pengguna awam, kita perlulah merancang perjalanan sebaik mungkin kerana kita tiada kesitimewaan seperti mana mereka yang berjawatan tinggi. Jika ada sebarang urusan penting, tempahlah tiket penerbangan sehari lebih awal bagi mengelakkan sebarang kelewatan.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker