Ad
Ekonomi

Malaysia Menghadapi Risiko Pengeluaran RM33b Jika Terkeluar Dari Indeks Bon Kerajaan Dunia (WGBI)

Menurut Winson Phoon dan Tho Mun Yi (Maybank), Malaysia bakal menghadapi risiko pengeluaran dana asing berjumlah RM24 – 33 bilion jika Malaysia terkeluar daripada senarai WGBI yang bakal diumumkan malam ini (26 September 2019)

Pakar Analisis itu juga menganggarkan keputusan lebih berat kepada pengeluaran daripada indeks ini kecuali berlaku perubahan yang fundamental bagi meningkatkan tahap pasaran Malaysia.

Hari ini, indeks KLCI tutup sedikit bawah paras tertinggi harian iaitu pada poin 1,593. Jumlah keseluruhan saham yang didagangkan hari ini adalah 1.81 bilion saham yang bernilai RM1.61 bilion. Semalam, sebanyak 2.19 saham didagangkan yang bernilai RM1.62 bilion.

Ad

FTSE Russell menawarkan pelbagai indeks yang komprehensif bagi mengukur prestasi pasaran pendapatan tetap di seluruh dunia, termasuk indeks WGBI.

Walaubagaimanapun, pertemuan antara penyedia indeks global, FTSE Russell dengan Bank Negara Malaysia pada Ogos lepas memungkinkan agar bon Malaysia terus kekal dalam Indeks Bon Kerajaan Dunia (WGBI).

Menurut Gabenor BNM, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus, kini pihaknya berusaha sehabis mungkin untuk memperkukuh pasaran tempatan dengan memberikan fleksibiliti yang lebih tinggi dalam pasaran Malaysia, seterusnya meningkatkan tahap kecairan pasaran.

Related Articles

“Kami telah meningkatkan penglibatan dengan pelabur. Kami mengadakan perbincangan dengan FTSE Russell ketika mereka berada di sini. Mereka sangat menghargai usaha untuk memperkukuh pasaran tempatan,” kata beliau.

Penyenaraian ini sangat penting, jik tidak ia akan menyukarkan bagi kerajaan mendapatkan dan meluaskan kemasukan pelabur asing ke dalam Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Back to top button