Teknologi

Malaysia Kurang Bakat Industri 4.0

Industri 4.0 mengubah cara kita bekerja dan hidup. Perubahan ini dipacu tiga domain teknologi utama iaitu fizikal, digital dan biologikal yang merentasi sembilan tonggak Industri 4.0, merangkumi simulasi dan realiti maya, integrasi sistem menegak dan melintang, industri Internet of Things (IoT), keselamatan siber, pengkomputeran awan, pembuatan bahan tambahan, rantaian bekalan, analisis data raya dan robot automasi.

Buku The Fourth Industrial Revolution, Klaus Schwab, Pengasas dan pengerusi eksekutif WEF

Berikut merupakan artikel daripada Utusan Online mengulas masalah kekurangan bakat di Malaysia bagi mendepani revolusi industri 4.0.

Adakah Malaysia benar-benar bersedia?

Malaysia masih keku­rangan bakat, kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk Industri 4.0, terutama dalam IoT, robotik dan kecerdasan buatan (AI). Kekurangan bakat dalam bidang IoT adalah kritikal untuk Industri 4.0 khususnya bidang pendedahan kepada ancaman siber. Satu bidang penting untuk penambahbaikan pula ialah tenaga kerja manusia.

Bagaimanapun, kita tidak bo­leh melupakan komitmen oleh Kementerian Pendidikan yang mengatakan keselamatan siber mesti diperkenalkan di peringkat akar umbi terutama dalam kalangan pelajar sekolah.

Jabatan Pendidikan Poli­teknik dan Kolej Komuniti serta Politeknik Mersing di Johor te­lah menubuhkan Cyber Range Academy, yang menyediakan pelajar dengan persekitaran pembelajaran secara siber.

Di manakah kedudukan ­Malaysia dalam usaha ini?

Malaysia kini berada di kedudukan ketiga dunia dalam kalangan 193 anggota Kesatuan Telekom Antarabangsa, dari segi tahap komitmen negara untuk menangani risiko ke­selamatan siber.

Pada 2018, MITI melancarkan Industry4WRD iaitu Pelan Tindakan Industri 4.0 meletakkan dasar dan garis panduan bagi memastikan industri perkila­ngan Malaysia dan perkhidma­tan berkaitan­nya bersedia dan berdaya tahan. Dasar ini mem­pu­nyai falsafah menyeluruh A-C-T (Attract, ­Create and Transform).

Malah, usaha kerajaan ini mendapat pujian di seluruh dunia. Buktinya adalah Laporan Pengeluaran Kesediaan untuk Masa Depan 2018 yang meletakkan Malaysia dalam kedudukan tertinggi. Dalam laporan itu, Malaysia dan China adalah dua negara yang tidak berpendapatan tinggi dalam kedudukan itu.

Apakah kaitan ancaman ­siber dan Industri 4.0?

Pendedahan kepada ancaman siber tidak perlu dipandang mudah. Mengapa? Ini kerana sementara sistem siber fizikal yang disambungkan tanpa kabel, automatik dan dengan sentuhan manusia yang lebih rendah menjanjikan proses dan komunikasi lebih cekap, ini juga memperlihatkan sistem kepada potensi serangan siber.

Sambungan lebih besar yang dibawa oleh Industri 4.0 ­memerlukan perhatian ke­selamatan yang lebih untuk ­keselamatan industri sekuriti siber (ICS) kerana Revolusi Perindustrian Keempat adalah pe­dang bermata dua di mana negara dan syarikat harus menggunakannya dengan bijak.

Apakah komponen yang perlu dilindungi bagi syarikat untuk mencapai matlamat Industri 4.0?

Pertama, gangguan tidak sengaja bagi rangkaian per­industrian. Secara teori, rangkaian maklumat perindustrian tidak sepatutnya dihubungkan ke rangkaian pejabat dan ia juga tidak mempunyai akses langsung ke internet.

Bagaimanapun, kadang-kadang tanpa niat menyebabkan sebarang bahaya, kakitangan akan menyambung pemacu yang boleh ditanggalkan kepada komputer industri atau mengakses internet untuk mengemas kini perisian pada pelayan, mengakibatkan malware berjaya menembusi rangkaian.

Kedua, ia sangat jarang bagi profesional dalam sistem perindustrian untuk mencuba dan menggunakan pengetahuan itu untuk menipu majikan mereka yang mengundang bahaya terhadap perniagaan.

Ketiga, perang siber, tindakan yang disasarkan untuk menyebabkan kerosakan. Dua tahun lalu, satu pelanggaran data yang besar menyaksikan lebih daripada 46 juta pelanggan di Malaysia bocor ke laman web gelap.

Apakah yang perlu dilakukan bagi mengelakkan menjadi mangsa?

Antara langkah boleh diambil adalah mengemas kini secara tetap sistem operasi, perisian aplikasi dan penyelesaian kese­lamatan, menggunakan pembetulan keselamatan yang diperlukan dan kawalan akses audit bagi komponen ICS dalam rangkaian perindustrian perusahaan dan di sempadannya. Selain itu, syarikat digalakkan menyediakan latihan dan sokongan khusus untuk pekerja serta rakan kerjasama dan pembekal dengan akses ke rangkaian.

Syarikat juga boleh menggunakan penyelesaian pengawasan, analisis dan pengesanan trafik rangkaian ICS untuk perlindungan yang lebih baik daripada serangan yang berpotensi mengancam proses teknologi dan aset perusahaan utama serta menyediakan penyelesai­an keselamatan berdedikasi seper­ti Kaspersky Industrial CyberSecurity.

Penyelesaian ini terma­suk pemantauan, analisis dan pengesanan trafik rangkaian untuk memastikan infrastruktur Teknologi Operasi (OT) dan perindustrian dari kedua-dua gangguan malware rawak dan ancaman industri khusus. Dalam masa sama, syarikat ­disaran membentuk pasukan kesela­ma­tan khusus untuk ­sektor Teknologi Maklumat dan OT.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker