Isu Semasa

Lynas Diteruskan Kerana Hutang Jepun?

Dahulu Lynas ini membahayakan penduduk setempat, kononnya kilang ini mengeluarkan radiasi yang membahayakan penduduk sehingga ada ahli politik yang mengatakan penduduk berpotensi menjadi ‘mutan’. Namun akhirnya Lynas masih diteruskan juga.

Dan yang paling mengarut adalah apabila alasan penerusan Lynas adalah kerana Malaysia sedang tersepit dalam isu ini di mana kerajaan Malaysia telah ‘terhutang budi’ dengan Kerajaan Jepun yang memberikan pinjaman sebelum ini dan Jepun adalah benefisiari kepada hasil nadir bumi Lynas.

Ini adalah alasan yang tidak munasabah! Sebab apa?

Sebab yang pertama, tiada pihak yang memaksa kerajaan Malaysia untuk meminjam daripada Jepun. Malah tindakan kerajaan meminjam dengan Jepun lebih tinggi risikonya berbanding pinjaman dalam negara. (Baca disini untuk mengetahui perbezaan pinjaman Jepun dan pinjaman dalam negara)

Sebagai perbandingan, kerajaan hari ini telah meningkatkan hutang negara daripada RM686.8 bilion pada akhir 2017 kepada RM807 bilion sekarang. Daripada lebih kurang RM120 bilion kenaikan ini, hanya RM7.4 bilion sahaja yang dipinjam daripada Jepun, bakinya adalah pinjaman domestik. Hal ini membuktikan tiada keperluan untuk kerajaan berhutang dengan Jepun kerana kerajaan boleh sahaja meminjam daripada dalam negara sahaja.

Anda rasa relevankah alasan hutang Jepun ini untuk meneruskan Lynas?

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker