Berita

LTAT Umum Dividen 2% – Terendah Dalam Sejarah

Dengan hanya 3 bulan lagi menjelang 2020, akhirnya dividen LTAT bagi tahun kewangan 2018 diumumkan. Dan paling mengejutkan kadarnya yang terendah dalam sejarah sebanyak 2% sahaja.

Berikut merupakan petikan daripada Utusan Online.

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mencatatkan pendapatan bersih belum diaudit sebanyak RM221 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018 dan mengisytiharkan dividen sebanyak dua peratus.

Pengerusinya, Jen. Datuk Seri Diraja Tan Sri (Dr.) Mohd. Zahidi Zainuddin berkata, pendapatan bersih tahun kewangan berkenaan merosot dengan ketara sebanyak 51.9 peratus berbanding pendapatan bersih dinyatakan semula RM459.5 juta pada tahun kewangan 2017.

Jelas beliau, penurunan tersebut disebabkan pelbagai faktor sejak dua tahun kewangan yang lalu.

“Antara faktor yang menyumbang kepada prestasi ini ialah penyataan semula akaun bagi tahun kewangan 2016 dan 2017, pembayaran dividen di luar kemampuan, impak terhadap keuntungan terkumpul, kesan negatif pelaksanaan Standard Laporan Kewangan Malaysia (MFRS) dan pembayaran dividen yang belum diterima dari anak syarikat.

“Hasil daripada faktor-faktor ini serta pendapatan bersih sebanyak RM221 juta bagi tahun kewangan 2017, LTAT telah mencatatkan keuntungan terkumpul positif sebanyak RM38.7 juta bagi tahun kewangan 2018 berbanding kerugian terkumpul berjumlah RM170.8 juta bagi tahun kewangan 2017,” katanya pada sidang akhbar pengumuman dividen LTAT Tahun Kewangan 2018 di sini hari ini.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker