Isu Semasa

Kritikan Chef Wan Boleh Mengurangkan Keyakinan Komuniti Peneroka Kepada FELDA

Sebagai ikon anak FELDA, Chef Wan sepatutnya bagi keyakinan kepada peneroka FELDA. Sebabnya, ramai peneroka sekarang ini telah hilang keyakinan pada FELDA sendiri. Kalau keyakinan peneroka FELDA tak dapat ditingkatkan. Macam mana FELDA nak terus beroperasi dengan baik?

Pertama, kita perlu faham tentang kaitan antara peneroka dan FELDA. Selepas peneroka dapat hasil, mereka ada dua pilihan sama ada nak jual hasil kepada FELDA atau peraih luar.Dalam masa yang sama, peneroka FELDA ada pinjaman daripada FELDA dalam Pembiayaan Sara Hidup, Program Tanaman Semula dan lain-lain. Hutang-hutang peneroka kepada FELDA akan ditolak melalui hasil yang peneroka serahkan kepada FELDA. Kalau keyakinan peneroka tak dapat dipulihkan. Akhir sekali, peneroka akan jual hasil kepada peraih luar. Hutang peneroka yang sepatutnya dibayar kepada FELDA pula tidak dapat dikutip disebabkan hasil diserahkan kepada peraih luar.

Ikon anak FELDA sepatutnya menjadi contoh dan membantu FELDA untuk meningkat keyakinan peneroka pada agensi tersebut. Bukannya, mengutuk komuniti sendiri. Masalah FELDA makin bertambah rumit sekiranya keyakinan peneroka merosot ditambah pula dengan kejatuhan harga Minyak Sawit Mentah (CPO). Mereka kehilangan pendapatan yang sangat banyak sekarang ini. Tambah pula, mereka terpaksa membayar hutang kepada FELDA melalui hasil yang mereka tuai. Akhirnya, mereka jual hasil tersebut pada peraih luar kerana tidak mahu membayar hutang kepada FELDA.

FELDA  mempunyai masalah tadbir korporat pada waktu dahulu. Sekarang masalah lebih besar iaitu keyakinan komuniti FELDA dijangka akan melanda sekiranya tidak diuruskan lebih baik kelak.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker