Ad
Umum

Kos Pengambialihan Konsesi Tol Lebuhraya LDP, SPRINT, KESAS dan SMART Tunnel

Baru-baru ini Menteri Kewangan Malaysia, YB Lim Guan Eng telah mengumumkan untuk mengambil alih 4 konsesi tol lebuhraya LDP, SPRINT, KESAS dan SMART Tunnel. Kerajaan menawarkan sebanyak RM 6.2 billion untuk mengambil alih tol-tol yang terlibat.

            YB Lim Guan Eng memberitahu bahawa RM 5.3 billion dapat dijimatkan untuk membayar pampasan kenaikan harga tol kepada pengendali lebuhraya terbabit. Tujuan untuk mengambil alih merupakan langkah awal Kerajaan Pakatan Harapan untuk mengurangkan kadar tol. Katanya lagi, 4 lebuhraya terbabit memegang 48% pegangan saham bagi lebuhraya bertol di bandar tanpa mengambil tol-tol yang dikendalikan oleh PLUS Malaysia Berhad.

Harga yang ditawarkan oleh kerajaan untuk mengambil alih tol-tol yang terlibat.

Ad

– KESAS: RM 1.377 billion

– LDP: RM 2.47 billion

– SPRINT: RM 1.984 billion

– SMART Tunnel: RM 369 juta

            Tempoh konsesi-konsesi yang  terlibat ini akan tamat pada tahun 2028 sehingga 2042. Kerajaan bercadang untuk tidak menggenakan kadar tol pada 11.00 malam sehingga 5 pagi. Selebihnya, diskaun 30% akan diberikan kepada pengguna tol yang terlibat. Tindakan ini akan dapat meringankan beban rakyat yang hidup di bandar.

            Namun, gambaran keseluruhan bahawa kerajaan akan jimat dengan anggaran sebanyak RM 5.3 billion tidak menceritakan perkara yang sebenarnya. Sebenarnya, kerajaan akan menubuhkan sebuah syarikat Special Vehicle Purpose (SPV) di bawah Ministry of Finance Incorporated (MoF Inc.). Syarikat tersebut akan menerbitkan bon sebanyak RM 6.2 billion. Kebiasaannya, bon yang diterbitkan akan dijamin oleh kerajaan. Mengikut logik pengiraan hutang kerajaan terbaru. Kerajaan akan menambahkan hutang mereka untuk mengambil alih tol-tol ini.

            Jumlah ini tidak termasuk kos penyelenggaran, kos operasi dan kos kewangan. Terdapat bon/sukuk yang telah diisu oleh pengendali-pengendali tol sebelum ini. Sekiranya kerajaan mengambil alih, mereka juga akan menanggung bon/sukuk yang telah diisukan sebelum ini. Kita ambil sukuk yang paling terbaru yang telah diisukan oleh keempat-empat pengendali tol terbabit kecuali untuk SMART Tunnel. Kerana bon yang dipinjam oleh pengendali SMART Tunnel sudah habis dibayar.

            Sebagai contohnya, LITRAK telah menerbitkan sukuk untuk mengendalikan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) sebanyak RM 1.545 billion pada 15 April 2008 dan akan matang selepas 15 tahun. LITRAK mempunyai pemilikan penuh terhadap LDP. Untuk Lebuhraya Kesas pula, Kesas Sdn Bhd telah mengisukan sukuk sebanyak RM 735 juta pada 10 Oktober 2014 dan akan tamat selepas 8 tahun. Untuk lebuhraya SPRINT pula, pengendalinya Sistem Penyuraian Trafik KL Barad Sdb Bhd telah mengisu hutang sebanyak RM 510 juta pada 6 Ogos 2001 dan akan tamat selepas 20 tahun. Kesemua hutang-hutang yang dipinjam ini belum mencapai tarikh matang. Kerajaan melalui SPV yang akan ditubuhkan akan menanggung kos pembayaran ‘principal’ hutang-hutang ini.

            Justeru, kerajaan bukan sahaja menanggung kos mengambil alihan dan bayaran pampasan konsesi tol. Tetapi, mereka juga perlu menanggung kos-kos seperti penyelenggaraan, operasi dan kewangan. Malahan, kos-kos seperti ini mampu meningkat pada masa akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Back to top button