Fakulti Ekonomi

Komunisme – Ideologi Ekonomi Lapuk

Tiada siapa yang dengan tepatnya menjelaskan tentang komunisme melainkan Mao Zedong. Beliau merupakan seseorang dianggap sebagai tokoh revolusi anti-imperialis yang menubuhkan dan memimpin China selama 27 tahun. Beliau pernah mengatakan bahawa komunisme bukan kasih sayang. Sebaliknya komunisme merupakan tukul yang digunakan untuk menghancurkan musuh.

Teori komunisme itu sendiri mempunyai dengan hukum utama – hapuskan hak pemilikan. Maka berdirinya komunisme dalam zaman moden ini sebagai musuh semulajadi bagi kapitalisme.

Secara asasnya, komunisme tidak boleh bertapak dalam negara yang tidak diganggu peperangan dan korupsi. Masyarakat yang mencintakan agama pun takkan mungkin terbuai dengan ideologinya. Kadangkala komunisme itu sendiri berfungsi bagaikan agama baharu. Maka dari segi definisi, komunisme merupakan ideologi politik yang mengimarahkan sistem tanpa darjat. Manakala pengeluaran negara pula dimiliki secara komunal (perkongsian semua) yang memustahilkan hak pemilikan.

Manifesto Komunisme merupakan kitab yang memperkenalkan dunia tentang ideologi perkongsian ini. Buku ini ditulis dengan iktibar diambil daripada pelbagai peristiwa sejarah terutamanya Revolusi Perancis. Maka Karl Marx dan Friedrich Engels menafikan keperluan agama Kristian demi sebuah dunia materialistik yang semua orang berfungsi dengan darjat saksama. Maka sekaligus monarki dan bourgeoisie (gelaran bagi peniaga) telah diisytiharkan musuh bagi proletariat (pekerja yang menjual tenaganya demi gaji).

Kebangkitan komunisme berlaku atas persepsi eksploitasi kelas pekerja oleh golongan pemilik. Air yang semakin mendidih ini akhirnya meleburkan periuk sehingga revolusi komunisme mengancam sebahagian daripada dunia sendiri. Ancaman komunisme bermula dengan kedatangan sosialisme yang dipercayai penulis akan membawa era perubahan kearah pembangunan modal insan dimana penghujung perjalanan ini ialah: rakyat hidup bersatu padu kerana pencapaian imbangan sosial tanpa pembahagian darjat dari segi keluarga, agama atau harta.

Merancang Ekonomi Kearah Syurga Duniawi

Untuk mencapai destinasi ini, pengamal-pengamal komunis menubuhkan kerajaan berdasarkan prinsip ekonomi terancang (command economy). Dalam pasaran terbuka, harga ditentukan oleh imbangan permintaan dan bekalan. Sebaliknya berlaku kali ini, yang mana tanggungjawab kerajaan menentukan: (1) pengeluaran jenis dan kuantiti barangan, (2) harga jualan bagi setiap barangan dan(3) pelaburan dan pendapatan. Asas inilah cuba diamalkan dalam China, Cuba, Kesatuan Soviet, Korea Utara dan Vietnam.

Melihat kejatuhan Kesatuan Soviet dengan semua satelit Eropahnya, China dan Vietnam setelah berdekad merancang ekonomi menggabungkan elemen-elemen kapitalisme dalam perlaksanaan komunisme mereka. Namun harapan yang disimpankan selama berdekad menunjukkan sedikit sebanyak bahawa ekonomi terancang mungkin boleh berjaya. Dari awal lagi ekonomi-ekonomi terancang menghadapi masalah perancangan, pengurusan dan perlaksanaan dalam syarikat-syarikat milik negara.

Ketiadaan persaingan serta hubungan kekeluargaan antara para revolusioner juga meletakkan golongan tidak sepatutnya dalam kerajaan. Maka pihak pentadbir tidak berupaya untuk membuat penentuan berwajib bagi pengeluaran barangan dan bekalan perkhidmatan di serata ekonomi. Perkara ini berlaku oleh kerana tiada pemilikan swasta yang menunjukkan imbangan permintaan dan bekalan.

Antara masalah utama yang menyusahkan ekonomi terancang ialah kedudukan para penguasa sendiri. Setelah penat lelah berjuang menentang para raja melalui pertumpahan darah, penguasa-penguasa politik ini bertindak seperti raja yang mereka tentang sendiri. Ketiadaan pasaran semulajadi mendatangkan dua masalah utama iaitu:

Insentif iaitu masalah daripada persaingan politik atas sumber untuk menentukan dasar yang tidak dipagari penilaian kredit antarabangsa ataupun kehilangan modal.
Ilmu iaitu masalah berkaitan apa, siapa, mana, bagaimana.

Perang Dingin

Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet memenangi Perang Dunia Kedua sebagai dua negara berbeza ideologi paling berkuasa di dunia. Apabila tiada musuh yang sama, pertembungan demokrasi liberal dan komunisme terancang pun meletus bermula dengan pembahagian Eropah yang menubuhkan Tirai Besi antara dua blok. Lebih menyukarkan keadaan, kedua-dua kuasa besar ini mempunyai senjata nuklear yang akan digunakan dengan provokasi salah seorang.

Sementara kedua-dua angkatan ketenteraan tidak langsung bertembung, mereka bersaing dalam peperangan proksi di pelbagai negara Asia, Afrika dan Amerika Selatan. Persaingan ideologi menyebabkan masing-masing membiayai rampasan kuasa untuk menubuhkan pengaruh. Hanya pada tahun 1962 sahaja kedua-dua penguasa ini hampir menamatkan semua riwayat di seluruh dunia dengan Krisis Misil Cuba.

Tetapi dengan dialog antara John F. Kennedy serta Nikita Khrushchev, tiada misil nuklear dilepaskan. Dan perang dingin pun tamat hampir 30 tahun kemudian apabila Kesatuan Soviet dibubarkan, menunjukkan seluruh dunia bahawa komunisme merupakan ideologi ekonomi ketinggalan zaman.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Lain

Close
Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker