Trivia

Kitaran Hidup Kelapa Sawit

Pada tahun 2012, FELDA telah menyenaraikan FGV Holdings kepada ke dalam Bursa Malaysia. Punca FELDA berbuat demikian adalah untuk membiayai program tanaman semula kelapa sawit yang terdapat di FELDA seluruh Malaysia. Kebanyakan kelapa sawit yang ada di FELDA telah mencapai usia tua dan perlu melakukan tanaman semula untuk mengoptimumkan hasil FELDA.

Pertama sekali kita kena fahamkan kitaran Pokok Kelapa Sawit selepas tanaman semula dilakukan. Untuk tahun pertama hingga tahun ke 3, peneroka tidak akan dapat apa-apa hasil kerana pokok sedang membesar.

Hanya selepas tahun ke-4, pokok akan mula menghasilkan buah kelapa sawit. Tetapi, itupun dalam lingkungan 2 hingga 3 tan hasil untuk anggaran 10 ekar yang diperolehi. Waktu ini, hasil yang dituai hanya cukup untuk kehidupan harian mereka sahaja sehingga tahun ke-8.

Seterusnya, pada tahun ke-9 hingga tahun ke-22. Pokok kelapa sawit sudah mula memberikan hasil yang sangat banyak. Ketika ini, kelapa sawit sudah mencapai waktu prime atau puncak untuk memberi hasil kepada peneroka. Kira-kira 7 tan hasil yang diperolehi oleh peneroka dalam anggaran 10 ekar tanah.

Waktu ini, mereka dapat memperolehi hasil yang lebih banyak. Tambahan kalau ketika itu harga Buah Tandan Segar (BTS) dan Crude Palm Oil (CPO) pada harga tinggi, hasil yang yang diperolehi akan berlipat kali ganda.

Bacaan berkaitan: Stabilkan Harga Minyak Sawit Bukan Memajak Tanah Peneroka FELDA

Setelah itu, pada tahun ke-23 hingga 25. Pokok kelapa sawit sudah mencapai usia tua dan hanya mampu mengeluarkan hasil yang sedikit dan kurang berkualiti. Pada ketika itu, program tanaman semula perlu dilaksanakan. (boleh lihat gambar rajah di bawah untuk gambaran jelas)

Kos tanaman semula pula bukanlah murah. Pada tahun 2019, anggaran RM 14,000 diperlukan untuk menanam semula pokok kelapa sawit. Pada ketika ini, sama ada peneroka ingin menanam pokok kelapa sawit mereka semula ataupun dibiarkan saja tanpa hasil akibat pokok yang sudah tua. Peneroka tidak perlu risau kerana FELDA akan memberi pinjaman sara hidup dan pinjaman pendahuluan hasil untuk mereka terus hidup.

Justeru penanaman semula pokok kelapa sawit perlu dilakukan. Dalam masa yang sama, FELDA memerlukan tunai yang sangat besar untuk membantu peneroka dalam program tanaman semula. Tindakan FELDA menyenaraikan FGV dalam Bursa Malaysia adalah tindakan yang tepat tanpa memerlukan bantuan kewangan daripada pihak kerajaan.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Lain

Close
Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker