Info Niaga

Kisah Inspirasi Bagaimana Empayar Under Armour Dibina

Jika anda seorang penggemar sukan di dunia, pasti kenal akan jenama Under Armour tetapi ramai tidak mengetahui bagaimana Under Armour bermula.

Under Armour bermula pada 25 September 1996 oleh Kevin Plank yang merupakan seorang bekas kapten pasukan bola sepak di universitinya. Idea ini tercetus apabila Plank selalu merasa rimas sewaktu menukar baju lantas memberikan ilham mereka baju dari material moisturing-wicking synthetic.

kevin plank

Pada peringkat awal, Plank hanya menjual pakaian tersebut kepada rakan rakan beliau sahaja.Akan tetapi, hasil jualan kepada kenalan terdekat melonjak kepada $17,000. Bermula dari rumah nenek, Plank berpindah ke Baltimore.

Prototaip pertama disiapkan selepas beliau menamatkan pelajaran di Universiti Maryland. Prototaip tersebut diberikan kepada rakannya yang bermain di NFL bertujuan untuk mengekalkan keselesaan kepada pemain.

Laporan 2018 menunjukkan Under Armour mengalami kerugian $48juta walaupun mempunyai pertumbuhan 9.9% berbanding tahun lepas. Kini Under Armour sudah pun bernilai $10.7billion.

Warga dunia mula merasai kewujudan Under Armour apabila muka hadapan USA Today diisi dengan wajah Jeff George memakai TurtleNeck Under Armour. Dari situ lah, jenama ini mendapat kontrak dari NC State, Arizona State dan kelab football Division 1. Menyedari respon yang baik dari pelanggan, Under Armour melancarkan lagi beberapa produk terbaru waktu itu seperti ColdGear, Heatgear yang menjana $17,000 untuk syarikat.

Tipping point Under Armour bermula apabila Warner Brothers menggunakan 2 oufit untuk pelakon mereka dalam filem Any Given Sunday & The Replacement. Menurut data pelanggan, 53% adalah lelaki dan 47% adalah wanita, 36% pelanggan graduan lepasan kolej dan pendapatan seisi rumah tahunan dilaporkan $75,000-$149,000.

Bagi tujuan pengiklanan pula, Plank telah membeli slot di majalah ESPN dan menjana jualan sebanyak $750,000. Under Armour semakin berkembang dari hari ke hari apabila diumumkan menjadi pakaian rasmi Liga XFL. Tahun 2003, sebuah private equity iaitu Rosewood Capital melabur $12 juta dalam Under Armour.

Tahun 2005, syarikat ini diapungkan di pasaran NASDAQ serta meraih $153juta. Selepas itu, Under Armour mengorak langkah lebih jauh apabila membuka cawangan di Canada, China dan 39 negara yang lain. Selain membuka cawangan, Plank juga percaya untuk membina jenama yang lebih utuh, ianya memerlukan 3rd party endorsement.

Antara 3rd party yang telah bekerjasama dengan Under Armour ialah Kevin Durent, University of Notra-Dome, IBM Watson, Stephen Curry dan ramai lagi. Tambahan, Under Armour juga telah mengambilalih sebuah syarikat applikasi MapMyFitness sebanyak $150juta. Perancangan bijak ini membolehkan harga saham Under Armour meningkat lebih dari 30% sejak diapungkan di Nasdaq.

Jika anda sedang membangunkan jenama sukan, percayalah Under Armour boleh dijadikan sumber inspirasi perniagaan anda.

Sumber: Investor.my

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker