Info NiagaKorporat
Trending

Khazanah Rugi Kerana Kitchen Sinking?

adakah Khazanah Rugi kerana melakukan ‘kitchen sinking’?

Apa itu Kitchen Sinking?

Baiklah, kita mulakan dahulu dengan apa itu ‘kitchen sinking’. ‘Kitchen sinking’ ini bahasa mudahnya semua kerugian dikumpulkan dalam satu laporan kewangan supaya kewangan syarikat/institusi dapat di’reset’ semula.

Contoh popular yang digunakan adalah apa yang dilaksanakan Tesco pada tahun 2015. CEO barunya Dave Lewis telah membongkar perakaunan kreatif yang dilakukan oleh pengurusan sebelumnya yang setelah pembongkaran ini Tesco merekodkan kerugian £6.4 bilion pada tahun 2014. Penyumbang terbesar kepada kerugian ini adalah hapus kira (write-down) aset berjumlah £4.7 bilion.

Berbalik kepada persoalan utama kita, adakah Khazanah Rugi kerana melakukan ‘kitchen sinking’?

Adakah mana-mana aset sebelum ini yang dinilaikan lebih daripada harga pasaran atau Khazanah melakukan sebarang perakaunan kreatif?

Menurut Laporan Khazanah, pada tahun lalu Khazanah telah rugi RM6.3 bilion di mana menurut Khazanah kerugian ini berpunca daripada kurang aktiviti penjualan pelaburan (divestment), pendapat dividen yang menurun dan keadaan pasaran yang kurang memberansangkan.

Berdasarkan gambar 1, anda dapat lihat di mana ‘impairment’ meningkat daripada RM2.3 bilion kepada RM7.3 bilion. Antara penyumbang kepada ‘impairment’ ini adalah kejatuhan pasaran saham pada tahun lalu di mana sorot nilai TM dan Axiata sahaja bernilai RM8.5 bilion. Jumlah ‘paper loss’ Khazanah tahun lalu adalah RM20 bilion.

Salah siapakah kejatuhan saham-saham ini?

Ketidak tentuan polisi serta ketiadaan hala tuju yang jelas daripada Kerajaan Pakatan Harapan menyebabkan pasaran domestik tidak lagi menjadi tumpuan pelabur luar yang mana menyebabkan pelabur ‘lari’ seterusnya menyebabkan kejatuhan indeks KLCI tahun lalu.

Kejatuhan pasaran juga telah menyebabkan kurangnya dividen yang dikeluarkan syarikat ekoran keuntungan syarikat yang menurun dalam pasaran yang tidak menentu.

Manakala menurut Azmin Ali, ‘impairment’ yang tinggi ini berpunca daripada kerugian dalam Malaysia Airline Bhd (MAS). Seperti mana yang diketahui ramai, MAS ini memang bermasalah semenjak zaman PM ke-4 dan pada tahun 2015 Khazanah telah menyuntik RM 6 Bilion ke dalam MAS untuk pelan rasionalisasi MAS yang mana mensasarkan untuk re-listing MAS ke dalam Bursa Malaysia pada tahun 2019.

Namun yang hairannya kesalahan MAS ini diletakkan kepada PM-6 sedangkan ianya adalah hasil PM ke-4 yang mana telah di’selamat’ kerajaan beberapa kali seperti pengambil alihan hutang oleh DanaHarta berjumlah RM1.79 bilion pada 1997.

Wajarkah Azmin menyalahkan kerajaan lalu berkaitan MAS ini? Dan selain MAS, wujudkan aset-aset lain yang ‘overvalue’? Jika ada mengapa tidak dinyatakan aset yang mana?

Rugi tapi isytihar dividen yang tinggi

Selain itu, Khazanah juga telah mengisytiharkan dividen yang lebih tinggi pada tahun ini (RM1.5 bilion) berbanding tahun lalu (RM1 bilion) walaupun Khazanah rugi tahun ini.

Ingat lagikah dahulu Tabung Haji telah dikatakan membayar dividen secara ‘haram’ kerana aset kurang daripada liabiliti ekoran susut nilai saham?

Kalau dilihat dalam tempoh sepuluh tahun akhir Era Najib Razak (2008 – 2017), Khazanah tanpa gagal mencatatkan keuntungan dan Networth Adjusted (NWA) pula telah meningkat daripada RM82.3 bilion pada akhir tahun 2008 kepada RM115.6 billion pada Disember 2017.

Tetapi dalam masa 9 bulan sahaja NWA Khazanah terus jatuh RM25 bilion, iaitu daripada RM115.6 billion kepada RM91 bilion dan mencatatkan kerugian RM6.3 bilion. Dan dalam masa yang sama aset Khazanah juga turut dijual seperti IHH pada nilai RM8.4 bilion.

Sumber
Tesco posts a record loss of £6.4bnAzmin: Why blame Pakatan for Khazanah losses? Poor decisions, investment in Malaysian Airlines reason whyThe 21 years of mismanagement that brought MAS to its kneesJangan kata ‘tidak’ pada PM, bekas bos MAS dakwa diberitahu Daim
Tags
Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker