Info Niaga

Khazanah Menjual Pegangan Dalam UEM Sunrise Berhad?

Menurut sidang media yang dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan. Khazanah mempunyai niat untuk menjual pegangannya dalam UEM Sunrise Berhad.

Untuk rekod, Khazanah Nasional mempunyai pegangan sebanyak 66.06% dalam UEM Sunrise Bhd daripada UEM Group Bhd yang merupakan sebuah anak syarikat milik penuh oleh Khazanah Nasional.

Dalam masa yang sama, terdapat 3 buah GLIC lagi yang mempunyai pegangan dalam UEM Sunrise:
1. Khazanah (via UEM Group)- 66.06%
2. Employment Provident Fund (EPF) – 1.82%
3. Lembaga Tabung Haji (LTH) – 6.77%
4. Kumpulan Wang Persaraan Awam (KWAP) – 0.44%

Secara keseluruhannya, kerajaan Malaysia mempunyai pegangan terkumpul sebanyak 75.09% melalui 4 GLIC yang ada. Sila rujuk gambar di bawah untuk gambaran yang lebih jelas.

Menurut beliau, UEM Sunrise berkemungkinan akan dijual kepada syarikat swasta iaitu Eco World. Mengikut harga pasaran, UEM Sunrise bernilai RM 3.154 billion dengan harga RM 0.685 untuk satu unit saham.

Untuk rekod, syarikat ini sentiasa mencatatkan keuntungan bersih semenjak tahun 2012. Apabila syarikat mencatatkan keuntungan setiap tahun, keuntungan ini akan diagihkan kepada pemegang-pemegang saham dalam syarikat tersebut.

Khazanah melalui UEM Group dengan pegangan 100% pastinya akan menerima pulangan dividen yang besar kerana mempunyai pemilikan saham sebanyak 66.06% dalam syarikat ini.

Khazanah Nasional telah mencatatkan pelbagai penjualan aset-aset kepada syarikat-syarikat swasta. Justeru, tidak pelik sekiranya khabar angin berkemungkinan besar akan berlaku.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker